8/18/15

Umrah : Kota Madinah Yang Tenang ( Part 5)

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt

***Catatan ini sebagai kenangan dan dijadikan panduan untuk masa akan datang, Semoga bermanfaat!

Alhamdulilah, setelah selesai tawaf wida , dalam jam 2.30 petang kami berkumpul di lobi hotel Malaq At- Taqwa untuk meneruskan perjalanan kami ke Madinah. Sayu rasa hati.Ustaz pula seringkali peringatkan kami, dilarang mengambil gambar sehingga keluar dari sempadan tanah haram.

Memang sayu rasa hati bila melepasi kota Mekah, bukit bukit yang menjadi pasak bumi Mekah, bangunan di celah bukit, suasana jemaah berpusu-pusu ke Masjidilharam, senyuman para jemaah, gelagat gelagat jemaah seantero dunia ketika melakukan ibadah di sana.Itulah hikmah supaya kita menjaga pantang larang selepas tawaf wida supaya boleh menghayati suasana meninggalkan kota Mekah. Insya Allah, kami akan datang lagi dan akan cuba usaha sebaik mungkin untuk ke sini lagi.

Rindu sangat.

Alhamdulilah, Aina di dalam bas pun ok, saya tunjuk pada dia tentang pemandangan di luar. Ceritakan padanya satu persatu.Adakalanya dia main mainan yang ada padanya sehinggalah kami tertidur.Pastikan ada air mineral untuk bancuhkan susunya sahaja, tukarkan pampers bila perlu.



Kemudian kami berhenti di R& R, tak ingat pula nama tempat tu.Tapi Ustaz Reza kata, kami berhenti rehat di situ kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w. Kerana ketika Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, di situlah baginda beristirehat. Jadi, macam biasa makan nasi Arab.Ada ikan goreng dan ayam. Satu dulang untuk lima orang.Memang tak habis, kami pula semuanya jenis selera kecil. Kemudian solat di surau , salin pampers Aina. Beli air kotak .Alih alih Aina dapat free lolipop, hadiah katanya. Seronoklah Aina, cakap terima kasih.Eh orang sana semua pandai Bahasa Melayu tau. 

Ketika mula memasuki waktu Maghrib, Ustaz Reza bercerita tentang cara hidup orang Madinah, Dia kata, penduduk di sini, sekiranya mereka di dalam perjalanan, bila masuknya waktu azan, akan berderet deret kenderaan akan berhenti di tepi jalan dan solat.Memang kami nampak banyak kereta dan treler berhenti untuk solat.Suasananya tidak seperti di Malaysia, yang ada banyak R&R dan tempat solat.Sujud di tepi jalan, berjemaah lagi.Masya Allah.

Masjid Nabawi pada waktu malam..sejuk je

Kami mula memasuki kota Madinah ketika masuk Isyak.Perasaan makin berdebar bila ustaz bercerita kisah tentang adab sahabat nabi( tak ingat lagi namanya) yang apabila ia memasuki kota Madinah, dia mencabut seliparnya, kerana memuliakan kota Madinah, tempat di mana jasad Rasulullah disemadikan.katanya, tak sampai hati hendak memijak tanah yang memeluk jasad Nabi s.a.w. Sayu rasa hati bertambah bila Ustaz Reza membacakan dan mengajak kami berselawat ke atas Rasullulah s.a.w.Mengalir sebak lagi air mata mengenagkan kisah perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w.

Awal awal lagi mencari Masjid Nabawi, terlihat Kota Madinah yang tersusun dan membangun.Tenang je rasa hati.Pertama kali nampak dataran Masjid Nabawi.Ya Allah, tenang dan damai sekali.

Kami diberitahu, jemaah akan terbahagi kepada dua kumpulan, Hotel Mubarak Silver dan Hotel Mubarak Madinah.Memandangkan kami biasa mendengar yang pergi kebanyakannya menginap di Mubarak Silver dekat di Masjid Nabawi.Jadi, siapa yang dapat Hotel Mubarak Madinah, kena berjalan ke hadapan sedikit.Jadi, kami sekeluarga dapat Mubarak Madinah.Mengeluh la juga sebab kena berjalan sedikit kan.Huhu.Rupanya, keluar lobi hotel Mubarak Madinah, terus nampak Masjid Nabawi.Macam masjid di hadapan rumah.Lagi dekat.Terujanya hati Allah je yang tahu setelah apa yang kami lalui di Mekah,

Hotel yang sangat selesa di Madinah, dah selamat disepahkan:-P
Tapi nak check in, ada juga masalah teknikal yang timbul.Tapi alhamdulilah settle, Aina siap mengajuk Ustaz Reza berjalan dan telefon, ketika dia sedang menyelesaikan masalah kami.Sabar je la Aina ni.Masuk bilik.Dummmmm..baring..penat tu.Muka dah sunburn sebab suhu Mekah 42-44 darjah celsius.

oh ya, ketika kami tiba di Mubarak Silver, sambil menunggu giliran ke Mubarak Madinah, ada kedai di lobi hotel, Pak Arab di Madinah suka sangat main dengan Aina, dapat mainan kamera Mekah , hadiah lagi.Aina pula suka tengok permainan yang dipamerkan di situ.Tapi tak diminta beli, cuma dia minta nak tengok dan sentuh.Bila nak ajak balik tu, puas juga la nak pujuk, sebab tak puas main kan.hehe, Di sana orang panggil Aina, "hajjah kecik".

Dataran Masjid Nabawi
Kebanyakkan jemaah yang tiba di Madinah sedang menunggu hari untuk ke kota Mekah.Jarang jumpa jemaah yang baru tiba dari Mekah. Jadi bila berbual, mereka rasa teruja bahawa kami baru sampai dari Mekah dan tengok muka kami yang dah sunburn ni dan bertanyakan cuaca di Mekah.Maklumlah nak masuk Ramadhan, bahang panas makin terasa.

Jadi, subuh dan pagi esok adalah hari pertama kami ke Madinah, ada ziarah luar ke Raudhah, Masjid Nabawi.Semoga Allah permudahkan segala urusan kami di bumi Madinah.Aamin..

Ziarah Luar Madinah



Tong air zam zam di Masjid Nabawi

Suasana pagi/dhuha/iktikaf di Masjid Nabawi
Pagi Khamis 7.30 pagi
Ziarah luar ni diasingkan mengikut jantina.Jemaah lelaki dan jemaah perempuan.Kali ni memang saya perlu berdikari menjaga Aina tanpa abinya.Berdebarlah juga kan.Jemaah perempuan berkumpul di area lobi hotel, sementara menunggu jemaah dari hotel lain berkumpul sekali.Kiranya kami adalah check point terakhir sebelum memulakan ziarah luar.Tak ingat pula saya nama Ustazah tu, tapi suaranya sangat jelas dan terang mengajar jemaah membaca amalan doa dan selawat ketika berziarah.

Ziarah Raudhah
Part yang ni mencabar sedikit.Sebab Aina excited dan gembira sangat masuk Masjid Nabawi.Mencelah sana dan sini.Tapi masih dapat ikut rombongan jemaah wanita tadi.Cumanya kami ambil trip kumpulan jemaah Indonesia yang last sekali.Sebab Aina dah ralit main dengan kawan kawan baru dia. Bertukar tukar gula, and dia dapat gelang dari kawan baru dia tu.Siap dipakaikan lagi.anak tu anak jemaah arab juga.Dalam tiga beradik.Macam macam la dia main, sambil kami menunggu trip kami.

Masih menungu giliran untuk masuk ke Raudhah
Sebenarnya kami ingat tak dapat dah nak masuk Raudhah sebab jemaah kami tadi dah masuk dan kami tertinggal (baisalah melayan anak kan?hehe) dan putuskan untuk masuk kemudian bila suasana dah reda. Tapi ada beberapa  petugas masjid, beri semangat kepada kami, teruskan ziarah.Terharu dengar  sokongan petugas di situ, rasanya dari Indonesia. Jadi saya tunggu kumpulan terakhir yang masuk Raudhah pada pagi tu iaitu jemaah dari Indonesia.Sambil tu, saya dan emak membaca Al Quran.


 


Sambil menunggu macam macam kami lihat ragam jemaah .Ada yang memotong kumpulan jemaah.Memang kena kejar la dengan petugas Masjid.Jemaah tu memang berlari sungguh-sungguh untuk masuk ke Raudhah dengan lebih cepat.Adegan merempuh sebaik sahaja setiap kumpulan dibenarkan masuk.

Tertidur di Raudah.Gelang kawan baru Aina, tanda ukhuwah..Syukran lakum..
Dan akhirnya giliran kami.Alhamdulilah, tak kami sangka.Kami dapat berada di situ lebih kurang setengah jam.Bukan sekadar solat, Biasanya setiap kumpulan jemaah hanya dapat 10 minit dan dua kali solat di sana sekali ziarah Saya dan emak ambil peluang ini betul betul.Macam macam doa kami titipkan di sana,Manalah tahu ini peluang terakhir kami berada di Raudhah.Aina pula, sebaik saya habis solat, dia tertidur atas ribaan saya.Ya Allah.Damainya rasa hati di taman syurga ini.Jemaah arab lain pula siap meminjam buku doa saya dan saya menunggu dia habiskan bacaan doanya.Subhanallah.Sungguh besar nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Dalammana kami ingat tak dapat masuk ke Raudhah, Allah swt bagi kami peluang berlama-lama di sini.Tiada petugas yang menegur kami untuk keluar.

Syukur sangat. Rupanya saya juga menghabiskan bacaan doa di sebelah maqam Rasullulah s.a.w yang di pisahkan dengan pagar berwarna emas.Ya Allah, dekatnya jasad baginda dengan kami,Sunnah mana yang tidak kami amalkan lagi, ya Rasullullah, Malu tapi mahu bertemu dengan baginda.Semoga kami semua mendapat syafaat darinya.Aamiin.

Alhamdulilah saya tidak terpisah dengan emak.Pada mulanya, dia minta saya masuk dulu ke Raudhah.kemudian baru dia masuk.Rupanya, bila masuk ke Raudhah, terus ada jalan keluar. Kira One-Way.Banyaknya hikmah yang Allah bagi pada kami. Tak habis habis kami melafazakan rasa syukur dengan rasa sebak dan linangan air mata.

Pic kandid dari emak.Tengah dukung Aina untuk masuk ke Masjid Nabawi untuk iktikaf  dsb.

Di Madinah, aktiviti di sini agak bebas melainkan ada ziarah luar sahaja. Boleh fokus solat jemaah lima waktu, melakukan ziarah di Raudhah , memperbanyakkan selawat dan berjalan jalan di kota Madinah, dan membeli barang kenang-kenangan di sini.

Cuaca di Madinah lebih panas, terasa terus ke tulang pipi berbanding cuaca panas di Mekah.Formula cuaca kalau di mekah panas, di Madinah lagi panas.Kalau di Mekah sejuk, maka cuaca di Madinah lebih sejuk,

Ketika kami di Madinah, dah mula memasuki bulan  Syaaban, di mana ramai jemaah yang berada di sini berpuasa, beriktikaf, dan berbuka  saya pun dapat juga makanan iaitu roti,waktu tu, just terlintas, rasa lapar je.Alih-alih ada jemaah yang bagi roti tu, besar juga.Balik hotel rupanya semua lapar,.eh sedap pulak roti.Lembut dan kenyang.Dapat lah juga suasana berpuasa di Mekah dan Madinah.

Kalau sesiapa nak rasa suasana berpuasa di Mekah dan Madinah, bolehlah merancang untuk datang pada bulan Rejab dan Syaaban. Kalau ada rezeki boleh pergi umrah Ramadhan dan umrah musim sejuk pula kan?Insya Allah..

Ok.Selepas ini saya nak cerita ziarah luar Madinah dan kenangan-kenangan orang Madinah untuk kami.:-)

1 inspirasi naluri :-):

Unknown said...

seronoknye...bile agaknye dapat jemputan ke sane...