Thursday, August 27, 2015

Rumah :Defect Liability Period

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Buat peringatan bagi kawan kawan yang beli rumah direct dengan pemaju, sekarang cuaca asyik hujan kan?Jadi jangan buang masa cek siling dan kebocoran rumah atau apa apa sahaja kecacatan/kerosakan rumah selagi tempoh liabiliti kecacatan masih ada.

Contoh kerosakan yang sedang dibaiki.

Tempoh liabiliti kecacatan adalah dua tahun bermula dari penyerahan kunci atau tarikh CCC dikeluarkan. Jangan sekali kali abaikan bahagian ini. Sebab hak pembeli ada 5% daripada harga belian rumah tu.Kalau dalam perjanjian jual beli rumah di bwah pemaju , pergi pada Jadual Bayaran Berperingkat, akan jumpa klausa macam ni;

(a) two point five per centum (2.5%) at the expiry of eight (8) months  after  the  date the Purchaser takes  vacant possession of the said Building; and

(b) two point five  per  centum  (2.5%)  at  the expiry  of twenty-four (24) months after the date the Purchaser takes vacant possession of the said Building.


***Jika ada renovate rumah, tuntutan kerosakan ni tidak terpakai lagi.contoh table top. Jika Bahagian sekeliling table top  ada retak di dinding dan seumpamanya, kita tak boleh claim dengan pemaju lagi,

   Tetapi buat rumah yang berada di dalam kawasan risiko banjir, dan pinjaman rumah telah dilindungi oleh takaful/insuran banjir, sebarang lekapan perabot seperti table top akan dikira sebagai struktur bangunan dan akan dilindungi dibawah takaful tersebut. Segala perabot alih tidak termasuk di dalam perlindungan takaful banjir yek, Insurans perabot pun ada tau.Pilih je mana yang berkenan.Semoga hak pembeli sentiasa terpelihara.

Ok. Laksanakan hak pembeli yek.


2 comments:

ieza ashaari said...

peguam sume tau kan. senang urusan..

humble.yat said...

:-)..takdelah biasa biasa je ieza..mana yg tahu, kita share je..sebb ramai yg update pasal rumah skrg kan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...