Tuesday, August 4, 2015

Salah Sarung Sandal

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Hari tu ada meeting yang tidak dijangka Dekat je dengan ofis.Pergi berdua dengan kawan pejabat, Kak Ida.Kes Syariah dan Hartanah, Jadi bawa fail dan pen sebatang, keluar. Ralit sangat menyembang, baru lepas satu blok bangunan, terpandang sandal..Alamak!


Sandal lain sebelah..yang ni memang buat basahan lasak lasak untuk jalan.Patah balik ofis, pinjam sandal akak ofis yang lain.nasib baik saiz kasut sama je.

Habis satu pejabat gelakkan saya masa tu.

Nak buat macam mana kan.Dah tersalah sarung sebab keluar senyap senyap dari rumah, konon takut Aina cari umi sambil menangis.Berlari lari, Rupanya dah salah sarung sandal.

Rentetan daripada itu saya dah letak sepasang kasut di pejabat, tinggal je kat bawah meja.Nak gi meeting..sarung sahaja. Saya ni bukannya ada koleksi kasut yang banyak pun,Pakai mana yang ada je.Satu sandal, satu kasut kerja, satu kasut sarung. Yang penting sesuai untuk semua baju.

Be simple.:-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...