Friday, December 6, 2013

Kuantan : Banjir 2013

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Ya, saya orang Kuantan.Mangsa banjir?Alhamdulillah, rumah keluarga saya terletak di lokasi yang di tengah-tengah walaupun berhampiran Sg Galing.Hanya nampak Sg Galing yang melimpah ruah hampir ke jalan raya ketika saya balik dari pejabat setelah menyelamatkan kereta, dengan kain baju yang lenjun meredah banjir kilat di pejabat kami di Malay Town.

Tetapi, pada masa yang sama, rumah keluarga mertua saya dan sepupu saya di Permatang Badak dinaiki air paras atas lutut hingga ke paha (kalau saya yang redah paras pinggang lah jawabnya)

Keadaan 3 Dec 2013 ( kebetulan hari lahir saya) memang huru hara, jalan 4 line di bandar tenggelam.Jalan ke Mahkamah yang berhadapan Terminal Sentral pun terputus.Mahkamah pun dah jadi air terjun.Lagi teruk dari banjir 2001.

Tahun lepas, 2012, hanya banjir kilat yang berlaku di sekitar Bandar Kuantan setelah semalaman Ada saya cerita di entri ini. Tahun ini, lebih kurang begitu, tapi airnya cepat surut.Mungkin sebelum ini, petugas-petugas dah berhempas pulas cuci longkang dan sebagainya.

Namapk kan air menderu dari stadium ke kawasan Malay Town?

Apa yang saya perhatikan, tahun ini kawasan Permatang Badak, Bukit Rangin dan satu kawasannya memang terjejas teruk.Bayangkan pada hari kejadian, zauji yang bersiap sedia di rumah keluarga di Permatang Badak, dalam pukul 4 pagi sudah kedengaran suara orangmengaji, tanda amaran bagi penduduk setempat.Pukul 5, saya dapat mesej dari zauji, bahwaa, air dah masuk paras buku lali.Dan seterusnya, sampai ke paras paha dan bawah pinggang.Allah Rabbi...

Pada malam yang sama juga kira-kira satu pagi, bekalan elektrik terputus sehingga keesokan tengaharinya. Memang terputus hubungan dengan dunia luar, tengok berita pun tak boleh, hanya boleh dengar radio di kereta.Itupun nasib baik dah isi minyak penuh-penuh sebleum kejadian, dah keluar duit siap-siap.Telefon?masing-masing bertahan dengan bateri yang ada.

Mencari makanan di pasaraya, tetapi kebanyakkannya tutup,akibat terputus bekalan elektrik. Cuba mencari kedai runcit yang tak guna cashier, maksudnya boleh tunai tanpa resit, Tetpi, nasib baik ada pasar basah di Tanjung Api.Kami cari lilin, makanan yang boleh bertahan sementara bekalan elektrik belum ada.Roti, tak yah cakap, semua rak dah kosong. Semalam pun saya beli roti ambil dari lori, tak menyempat-nyempat langsung.Hoho. Line telefon, dah macam tenggelam timbul dalam air.Wah Darurat betullah.


Keluar bandar pun, dah terasa filem orang putih dah, Trafik light tak berfungsi, dengan helikopter, dengan ambulans mencari laluan, lori besar bersimpang siur.Ada kemalangan pula.Kira drive redah berani je.lesen pulamati pada hari semalam.Nak renew, semua sistem tak berjalan lagi.

Sekarang ni, ada satu kereta adik dah tersadai di air banjir kawasan Tanjung Lumpur, dah kena towing .Harap semuanya ok.Jangan lah kos yang tinggi pula dikenakan.Huhu.

Sepupu saya kata, peti ais, mesin basuh kat rumah dia semua tumbang, siap ada dua ekor anak ular dalam rumah.Rumah family in law pun macam tu.Almari banyak kembang.Kerusi set makan tak boleh pakai dah. dan sampai sekarang bekalan eletrik masih tidak ada lagi, Line telefon masih tenggelam timbul.

Masjid Sg Isap, terletak di kawasan tinggi, selamat dilindungi Allah swt
Dan tahu tak penempatan tempat ayah, emak mertua, adik ipar dan zauji duduk tu, SMK Sg Isap, tidak menerima bantuan langsung.Melainkan, mereka menggunakan duit sendiri untuk membeli keperluan makanan yang dikirim melalui sesama mereka?sedih saya dengar.Dua hari pula tu tersadai di sana....

Ujian dari Allah.Semoga semuanya tabah,Yang penting semuanya selamat, barang dan wang boleh di cari, nyawa tak boleh diganti.

Nota Naluri:
Sebaris dengan Bukit Rangin terdapat banyak projek perumahan yang terlibat dengan banjir.Bagaimana cara menyelesaikannya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...