9/17/15

Homeschool: Quran Audio Learning

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

1. Radio Plus Pendrive

Ketika dalam pantang Aina, kami hanya gunakan radio biasa je, masuk pendrive, Dengar Surah-Surah dari juz 30, dan surah surah yang terpilih memandangkan saya dalam keadaan berpantang dan tak dapat membaca Al Quran. Nak tidur pun pasang,jadi kami tertidur dengar surah yang dipasang dengan radio tu.

Cara ini juga saya gunakan semasa mengandungkan Aina/Letak CD dalam Radio tu, then dengar sambil tidur dengan harapan , harap baby pun mendengar alunan zikir dan surah tersebut.

2. Speaker Pillow Plus MP3/Handset Lama

Kemudian, saya beli Speaker Pillow dari seorang sahabat saya, Nazrah Alhamdulilah, saya memang berpuas hati sehingga wayar speaker tu terputus. Dah dua tahun kan. Zauj kata boleh repair tu atau replace dengan audio baru yang boleh laras. Insya Allah saya akan cuba cari nanti.


* Bila pillow speaker digunakan di dalam buaian pun boleh juga.Lembut je audio dia, dan sangat sesuai untuk bayi. Recommended dan lima bintang! 

3. Apple Learning Holy Quran

Dan sekarang, akhirnya saya terjangkit juga beli Apple Learning Holy Quran.Dapat harga Promosi larii Eco Baby, RM20.00. Harga selepas GST katanya RM25.00.



Mula-mula Aina takut juga, sebab bunyi speaker yang agak kuat berbanding Speaker Pillow ayng boleh laras dan sesuai untuk baby. Pujuk dia tengok projection lampu yang tersedia.Tunjuk ada bulan dan bintang.Sekali tekan warna lain lain.Bukan main seronok dia.Minta tutup lampu and nikmati projection tu sambil nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star.

Projection Light: Star,memang menarik..sambil kira bintang, dengar surah and tertidur..zzzz

Kemudian kenalkan dia dengan nasyid. Ada juga lagu ABC rupanya.

Bila tidur pasangkan surah surah.Alhamdulilah, sekarang dia dah terbiasa. Adakalanya dia yang bawa Apple Learning Holy Quran tu sebelum tidur untuk dengar surah surah sampai tertidur. Umi pun terlena sekali sambil peluk Aina , kan?

4. Audio Learning dari Umi
Sekarang, umi banyak bacakan Aina surah-surah dan doa-doa amalan sambil bermain dan berbual.Jadi Aina kena ikut satu persatu, walaupun ada pelatnya. Insya Allah.Sama-sama kita belajar ye Aina. Alhamdulilah, setakat ini, Aina rajin ikut sesi ini secara tak langsung sambil bermain dengan umi, Relax and enjoy!

Sekarang ni dah mula kenal huruf secara random, sama ada ABC, Alif ba ta, 1 23 (Melayu dan Inggeris).Menulis pun dah pandai.Conteng dalam kertas kosong je.

Contohnya dia lukis huruf ha, dia kata "Umi, Ha.."..terharu rasanya.begitu juga dengan huruf huruf lain.

Nota Naluri:
Hari ini saya rasa bahagia sangat, sebab kawan baik saya, Najah telah melahirkan seorang anak lelaki setelah berbelas tahun usia perkahwinan mereka. Alhamdulilah, Subhanallah, Allahuakbar!Segala puji bagi pemilik alam semesta. Insya Allah, saya sentiasakan doakan rezeki untuk sahabat sahabat yang menanti nanti cahaya mata.Aamiin..

Insya Allah, doakan rezeki kami juga yek..


0 inspirasi naluri :-):