Wednesday, September 9, 2015

Rumah: Cuci Mata di Romantika

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Hari Jumaat , ada waktu rehat yang panjang.Bolehlah nak merayap jauh sikit kan.Kali ini kami merayap ke Romantika Home Decor, teman kakak-kakak sepejabat nak beli barang deko.Saya cuci mata je. Depan Kuantan Plaza je.Senang juga nak cari parking kat situ.Kalau Rajin sikit, boleh merayap kat SSF.:-P


Bagi peminat koleksi "cupcake".memang macam-macam ada.Rambang mata.


Bekas gula dan kopi.Bolehlah untuk mini pantry nanti kan?Konon self service la kat mini pantry ni.



Wah, jam .Lagi rambang mata tengok.Siapa minat English Deco, pasti takkan lepaskan peluang untuk koleksi,Saya pun minat juga yang ini.Letak kat area dapur.Tenang sikit kalau nampak bunga.;-P 


Jam yang ini pun menarik kan...pilih pilih..tapi kalau harga murah, tunggu dia buat sale.

Rumahku Syurgaku.

Nota Naluri:
Jangan lupa hias dan deko juga "rumah bawah tanah" yek dengan iman, amal dan taqwa. Yang tu paling penting :-) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...