Friday, April 29, 2016

Our True Soulmate...

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Ada orang tanya tips pada saya sebelum dia melangsungkan perkahwinan. Kelakar juga rasanya, saya pun tak tahu nak bagi tips apa pada dia.

Ucapan biasa di mjalis perkahwinan pun, mesti macam ni:

"Barakallahulakum"
"Semoga bahagia dunia akhirat"
"Semoga berbahagia dengan baitul muslim yang dibina"

Ha, lebih kurang macam tu la kan?

Oh at last, saya baru saya ingat tentang tips ini, paling penting kita pegang selepas perkahwinan,

"Our true soulmate is not our spouse but Allah..."

Maknanya macam ni, suami yang kita kahwini bukannya 100% hakmilik kita, tapi 100% hak milik Allah swt. Jadi, jangan pegang dia di hati kita, cukuplah hanya genggaman tangan kita untuk memimpin kita ke syurga..Jadi memang kena sayang suami Lillahitaala.Tapi sayang Lillahitala bukan hanya di mulut, tapi betul betul dari hati kita.

Jadi , bila kita rasa kita rasa hati suami dah terjatuh pada hati kita, cepat cepat ingat Allah balik.Yes,itu memang cinta yang halal, tetapi, kita perlu ingat, semuanya dari Allah kan?


Contohnya: Kalau contoh dalam keadaan berperang, sanggupkah kita mengorbankan nyawa kita kerana Allah, sebagaimana para-para Nabi dan sahabat-sahabat lakukan? Sebagaimana para para mujahidin di Syria, Palestin,Mesir dan negara Islam yang bergolak?Lafaz syahadah tu bukan di mulut sahaja tau., dan bukan perkara yaang main-main. 


Tiba-tiba saya rasa iman saya nipis sangat, bila mengenangkan perjuangan syahadah mereka.huhu..Tak apalah, sama-sama kita muhasabah diri dan mengingatkan diri masing-masing kan?

Sekrang kita juga boleh kembangkan sayang emak, anak, kawan-kawan  kerana Allah Taala juga kan?

Insya Allah.

Semoga entri ini bermanfaat.

Satu lagi perkongsian ke syurga.

Wallahualam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...