Friday, April 22, 2016

Rumah: Loteng Stainless Steel

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya nak  berkongsi berkenaan loteng rumah yang kami dah buat.Terima kasih kepada sesiapa yang emel, ramai juga rasanya, yang request tanya pasal loteng berikutan entri saya yang ini.Alhamdulilah, entri saya dapat membantu mereka yang mencari maklumat,Saya pun kaki google  juga sebelum membuat buat apa-apa keputusan setelah membuat perbandingan,Memang dunia blog membantu saya membuat pilihan yang lebih bijak . 

Tangga besi ke loteng rumah
Insya Allah, saya akan kongsikan loteng yang kami buat di rumah.Antara tujuan kami membuat loteng adalah:

1) Penyimpanan barang ketika musim tengkujuh dan banjir, terutamanya, barang elektrik, tilam, pakaian dan lain lain.
2) Memaksimakan penggunaan bilik yang bersiling tinggi

Eh tapi, boleh buat mini library and tempat solat juga .comel je ruangnya.

Adik adik saya kata, kalau diaorang duduk rumah semua berebut nak duduk dalam bilik berloteng sebab ala ala Korea katanya.Entahlah, cerita yang mana satu , pun saya tak tahu.

So, konsep loteng kami menggunakan besi stainless steel.Di kawasan perumahan kami, memang majoriti buat loteng.Ada yang dari kayu teguh .Ada juga yang DIY, bgai mereka yang berkesempatan buat sendiri..Macam macam design jugaklah.Tapi zauji berkenan menggunakan konsep stainless steel, supaya lebih kukuh dan tak reput , dimakan anai-anai.Kalau kayu lama-lama dimakan hari.Lainlah kalau chengal dan jati kan?Wallahualam :-)

Jadi inilah konsep kami.Loteng stainless steel.


Tangga besi, berpagar di atas.Buka je pintu memang cukup cukup ruang untuk tangga di atas. Bilik tengah kami ni kecil sahaja,Jadi tangga memang agak curam, tapi saya rasa ok sangat dah. Alhamdulilah.Sekurang-kurangnya ini ikthiar kami bagi persiapan banjir, jika berlaku lagi. 



Nampak kan kawasan di atas yang berpagar.Masa ni memang tengah letak barang-barang kat atas, sebab awal Disember dah start hujan sedikit-sedikit.

Standard Rate harga pasaran ketika itu, RM3,000-RM3,500.00.tapi disebabkan kami adalah yang pertama menempah loteng dengan Abang Man, maka kami dapat harga special:-) Lagipun Abang Man, ni suami kawan saya.Senang nak berurusan dengan dia tau.

So, sesiapa yang berada di Kuantan, bolehlah contact Abang Man (Man Jaya Engineering-013 9501335. dan mengikut masa kami, di hujung minggu, sebab kalau hari berkerja susah sikit kami nak ada di rumah huhu,kerja-keraj Abang Man, memang sangat, siap dia menyapu dan kemas balik apa yang dia dah buat.Menayapu dan sebagainya.Terima kasih banyak banyak tau,Nanti datnglah rumah lagi yek.hehe

Alhamdulilah setakat ni, kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Abang Man.Next projek tabungan untuk buat awning rumah, besarkan car porch, pagar pula..Step by step. Doakan kami dimurahkan rezeki yek.

Saya harap entri  ini dapat membantu bagi mereka berniat nak buat loteng rumah.

Semoga bermanfaat.

2 comments:

Aty_Fared said...

boleh tau tak berapa luas tapak bawah asal tu..[bukan loteng]
nak agak2..sebab kat family hall atas umah kiterang ni pon kecik..terpikir2 nak buat loteng tuk ruang kerje.. :)

Yani Faiz said...

Assalamualaikum. . Puan area mana ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...