Monday, April 4, 2016

Resipi : Roti Arab

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Dah dua minggu dok terbayang roti Arab K Dah, sepupu kesayangan ni.Alhamdulilah, minggu lepas tercapai hajat.Dari tak rajin menguli doh, jadi rajin .Sanggup turun menguli, Bab menguli memang saya tak berapa nak suka, sebab nampak macam susah je haha.Nasib baik doh menjadi dengan baik.

Meh, saya share resipi roti arab.Tepek kat sini.Lain kali nak buat tengok resepi kat sini.Sukatan ini untuk family.memang banyak yek.

Bahan- Bahan
Roti Arab
1/2  kg tepung gandum
1 bungkus Mauripan
1 Biji telur
1 kotak kecil santan
1 sudu minyak zaitun
sedikit gula dan garam


Cara-caranya
Campurkan semua, bancuh dengan air.Uli doh sampai lembut  macam buat donut.
Jangan letak garam banyak, sebab kalau banyak nanti roti tu jadi bantat, tak nak letak garam pun takpe.Uli sampai doh tak melekat di tangan, lembut dan ringan.Ketepikan, biarkan doh naik sendiri.



Bulatkan macam pau sampai habis doh.


Bila dah naik, gunakan penggelek dan gelekkan macam daging burger mentah.
Bila dah siap semua, goreng dengan minyak yang banyak.
Buat satu persatu.Siram dengan minyak bahagian atas doh.Bila dah jadi bulat macam bola baru angkat dan letakkan doh yang lain. Kalau tak siram minyak, dia tak jadi bulat k.


Ok dah siap, macam ni bentuk roti arab tu.



Sambal Cicah
Ikan bilis (blend dulu, kemudia goreng)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
6 biji tomato (tomato kena banyak dari ikan bilis)
Sedikit kicap manis
Sedikit garam

Cara-caranya

Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kering.Tumis hingga masak.
Masukkan tomato dan ikan bilis, dan sedikit kicap manis dan garam secukup rasa.

Siap untuk dihidangkan.Makan panas-panas sedap tau.

Nota Naluri:
Tak sangka saya boleh menguli doh dengan jayanya!:-) :-P


3 comments:

Xiet_Enigma said...

wow sedapnyaaa.... tercabarnya orang dok tanah arab pon tak pernah buat roti sedap macam ni. hehehe

Tautan Hati NabilaHasyim said...

roti arab - roti puri tak sama kan..

mertua selalu buat roti puri. yang tu guna tepung air garam je. tp jadi kembung macam tu jugak..

saya pun belum cuba lagi kedua2 resepi ni..

humble.yat said...

xiet enigma:
memang sedap roti klu mkn panas dan tgh lapar..dua ketul pun dh kenyang :-)

nabilahasyim:
dulu pun sy panggil roti puri/jawa..ada org panggil roti arab..
roti puri resipi ringkas rasannya..sama tapi xserupa hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...