Wednesday, April 6, 2016

Target : Bill Negatif Berjaya!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sejak ekonomi di Malaysia tak berapa nak stabil, banyak tips kewangan yang dapat kita tengok.Macam macam jenis tips yang banyak membantu rasanya. Contohnya tabung hijau (RM5), Tabung kuning (RM20), dan Tabung sedeqah Subuh.

Tapi ada tips yang menarik perhatian saya, jadikan bill anda negatif.

Contohnya Bill telefon RM68.00 sebulan, and kita bayar je RM100.00 setiap bulan kat CDM.Kiranya kita ada lebihan duit dalam billing  tadi.Kemudian, sampainya masanya nanti, akan ada statement bill negatif.Bila statement bill pada bulan tersebut negatif, maka peruntukan RM100.00 untuk bulan tu kita ketepikan untuk saving kita.And dalam bulan tu kita tak perlu risau pasal pembayaran bill.

Antara bill yang saya dapat bill negatif, bill telefon pascabayar dan internet streamyx. Ada dalam beberapa bulan saya tak perlu bayar bill, dan duit tu saya masukkan saving.:-)

Ada juga kebaikan bill negatif ni, bila ada promosi untyuk upgrade plan, memang dia bagi murah dari biasa.Best tau upgrade plan dengan penjimatan.Baru baru ni saya dapat refund lebih kurang RM 80 ++ dari perkhidmatan  pasca bayar- refund dari bill negatif.Masuk tabung lagi.;-)

Tapi itu untuk saving dunia je kan.Untuk kita survive dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang.

Tapi yang penting tiap tiap hari, cuba praktikkan tabung biru (RM1) untuk sedeqah.Sedikit tetapi konsisten.Macam kat di ofis saya ni, Bila tiap hari Jumaat, kami kirim duit kepada staff lelaki untuk masukkan duit di tabung Masjid.



Biasanya hati akan rasa lebih tenang bila kita banyak sedekah, walaupun duit dah tinggal ciput.hehe. 

Level saya sekarang ni, saya nak hidup yang biasa biasa, janji hati dan jiwa saya tenang . dalam menjaga kualiti hidup.Insya Allah.

Ok. Semoga bermanfaat ye.

;-)

4 comments:

Tautan Hati NabilaHasyim said...

erk, negatifkan bil??

first time jumpa tips ni..
tp masih tak faham fungsinya..
nanti sy baca lg info ttg ni..

TQ

SSfatihah said...

best sis punya pos, tenang saya bila baca. mohon share ya. tq

humble.yat said...

nabila" ahah mmg jrg dengar tips ni..dpt dari tips traveller rasanya , tak ingat dah..tips tabungan tanpa sedar..dh cuba and berjaya..tabung lain tetap on...:-)
cubalah nanti yek

humble.yat said...

SS Fatihah:
Terima kasih sudi baca entri yg tak seberapa..yang mana baik kita kongsi sama sama :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...