Thursday, April 21, 2016

Mukmin Yang Diduga

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



"Perumpamaan orang Mukmin adalah seperti tanaman yang selalu digoncang angin, (begitu juga) orang Mukmin selalu diduga dengan pelbagai dugaan dan cubaan"-Riwayat al-Tirmizi.

Seperti biasa, dalam hidup kita, sentiasa ada manis dan pahit. Kena berbalik kepada fitrah, kita ini hanyalah hamba Allah, perlu sentiasa bersedia untuk diuji dengan segala ujian.

Jangan jadikan ujian ujian yang datang itu sebagai penghalang untuk kita teruskan kehidupan. Sebab bila datang ujian, biasanya hati dan jiwa kita akan terusik, lemah semangat. Sepatutnya yang harus berlaku , sebagai mukmin kita patut gembira menerima ujian tersebut, sebab Allah masih mahu mengingatkan kita supaya lebih banyak memohon doa dariNYA.

Kadang-kadang kita perlu ingat, ada orang menerima ujian dalam keadaan lebih sukar berbanding kita.Tunduk ke bawah , ingat dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Perlu bersyukur kerana ujian kita mungkin tidak seberat mereka.

Sesungguhnya setiap ujian yang datang itu ada hikmahnya dan sesuai dengan kemampuan kita untuk menghadapinya.Just Believe in Allah!

Semoga bermanfaat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...