PENULIS





Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Alhamdulilah, dengan izinNya blog picisan ini terhasil pada Julai 2010 sempena Ramadhan.(Ramadhan itu terlalu banyak peristiwa yang berlaku sehingga membawa keajaiban tersendiri :-)

Sebelum ini diari menjadi peneman saya untuk  meluahkan perasaan, aktiviti harian dan pencapaian  pada hari-hari yang berlalu, target saya pada masa akan datang, harapan dan doa-doa. Bila saya menyingkap kembali diari-diari lama, banyak kenangan yang diimbas, pendapat saya tentang kehidupan dalam mencari kekuatan dan ketenangan diri. Insya Allah, akan saya coretkan dalam blog ini pada masa kelak.

Ilham saya untuk mempunyai blog sendiri apabila saya melihat adik-adik saya mencoretkan dan mengemaskini blog-blog masing-masing.Agak seronok dan gelihati melihat tulisan mereka walaupun mereka tidak menggunakan format Bahasa Melayu Tinggi bagi penulis-penulis Blog. Sejuta penghargaan khas untuk adik-adik saya..;-)





Di sini juga tempat saya mencurah segala pandangan, idea, inspirasi saya supaya ianya dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian yang sudi membaca entri yang tidak seberapa ini.

Saya bukanlah cendekiawan  dan sarjana Islam yang masyhur, hanya seorang muslimah yang ingin berkongsi, mengaplikasikan segala idea yang terhasil melalui pengalaman saya.Kadang-kadang ada peristiwa dan kata-kata indah yang saya tidak mahu ia luput begitu sahaja, maka di sinilah ia tercurah.

Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua kerana sudi menjengah di sini.

Sebarang komen, cadangan, idea boleh emel ke humblehayati@gmail.com :-)

Sayang Kamu Semua!

"Ukhwah itu indah jika segalanya kerana Allah!"





4 inspirasi naluri :-):

Anonymous said...

akak..
akak ada fb x??
sy slalu bc post akak..
teringin nk mengenali akk..
sy pun teringin jd peguam..
sy perempuan..

humble.yat said...

adik anonymous:
terima ksih byk2 sbb sudi membaca di sini..sgt terharu ni T.T
fb?boleh.. emel kat akak humblehayati@gmail.com,
nnti akak bagi id yerk..:-)

EiFa CuteatLast ♥SUMM3R Love♥ said...

Assalamualaikum .. akakk hayati .. Cik Eifa pun nak jugak leh dak .. :) .. Add Eifa pliss ^___^ .. nak tahu jugak pasal guaman nih ..
Eifa cuteatlast .. Add eifa tau .. :) time kasih ...

EiFa CuteatLast ♥SUMM3R Love♥ said...

Cik Eifa pun minat jugak nak jadi guaman nih .. nak tahu n tahu lagi .. Sys Hayati Add Fb Eifa yerk .. plisss :) .. Eifa cuteatlast .. Add yee .. time kasih ^____^'