Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Sebelum ini diari menjadi peneman saya untuk meluahkan perasaan, aktiviti harian dan pencapaian pada hari-hari yang berlalu, target saya pada masa akan datang, harapan dan doa-doa. Bila saya menyingkap kembali diari-diari lama, banyak kenangan yang diimbas, pendapat saya tentang kehidupan dalam mencari kekuatan dan ketenangan diri. Insya Allah, akan saya coretkan dalam blog ini pada masa kelak.
Ilham saya untuk mempunyai blog sendiri apabila saya melihat adik-adik saya mencoretkan dan mengemaskini blog-blog masing-masing.Agak seronok dan gelihati melihat tulisan mereka walaupun mereka tidak menggunakan format Bahasa Melayu Tinggi bagi penulis-penulis Blog. Sejuta penghargaan khas untuk adik-adik saya..;-)
Ilham saya untuk mempunyai blog sendiri apabila saya melihat adik-adik saya mencoretkan dan mengemaskini blog-blog masing-masing.Agak seronok dan gelihati melihat tulisan mereka walaupun mereka tidak menggunakan format Bahasa Melayu Tinggi bagi penulis-penulis Blog. Sejuta penghargaan khas untuk adik-adik saya..;-)
Saya bukanlah cendekiawan dan sarjana Islam yang masyhur, hanya seorang muslimah yang ingin berkongsi, mengaplikasikan segala idea yang terhasil melalui pengalaman saya.Kadang-kadang ada peristiwa dan kata-kata indah yang saya tidak mahu ia luput begitu sahaja, maka di sinilah ia tercurah.
Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat semua kerana sudi menjengah di sini.
Sebarang komen, cadangan, idea boleh emel ke humblehayati@gmail.com :-)
Sayang Kamu Semua!
"Ukhwah itu indah jika segalanya kerana Allah!"
4 inspirasi naluri :-):
akak..
akak ada fb x??
sy slalu bc post akak..
teringin nk mengenali akk..
sy pun teringin jd peguam..
sy perempuan..
adik anonymous:
terima ksih byk2 sbb sudi membaca di sini..sgt terharu ni T.T
fb?boleh.. emel kat akak humblehayati@gmail.com,
nnti akak bagi id yerk..:-)
Assalamualaikum .. akakk hayati .. Cik Eifa pun nak jugak leh dak .. :) .. Add Eifa pliss ^___^ .. nak tahu jugak pasal guaman nih ..
Eifa cuteatlast .. Add eifa tau .. :) time kasih ...
Cik Eifa pun minat jugak nak jadi guaman nih .. nak tahu n tahu lagi .. Sys Hayati Add Fb Eifa yerk .. plisss :) .. Eifa cuteatlast .. Add yee .. time kasih ^____^'
Post a Comment