7/13/11

Zina Mata

BY humble.yat IN 2 comments

Buat peringatan diri saya dan juga kawan-kawan semua, dari kolumnis Solusi, Fatimah Syarha Mohd Noordin.


Zina mata adalah dasar kepada zina tangan,kaki, hati dan kemaluan.Sabda Rasullullah s.a.w "Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bahagiannya daripada zina.Dia mengetahui yang demikian tanpa dimungkiri"

Mata itu boleh berzina dan zinanya ialah pandangan.

Lidah itu boleh berzina dan zinanya ialah perkataan.

Kaki itu boleh berzina dan zinanya ialah ayunan langkahnya.

Tangan itu boleh berzina dan zinanya ialah tangkapan keras.

"Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan.Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya" (Riwayat al-Bukhari , Muslim, Nasa'i, dan Abu Daud)

Rasullullah s.a.w bersabda dalam Musnad Ahmad Bin Hanbal maksudnya: "Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada berbagai macam anak panah iblis.Sesiapa yang menahan pandangannya daripada keindahan wanita, maka ALLAH mewariskan kelazatan beribadat di dalam hatinya yang akan dimilikinya hingga saat dia bertemu denganNYA"




7/12/11

Teringin Sup Gearbox!

BY humble.yat IN 5 comments

Di tengah-tengah kehilangan mood semalam (tapi bukan monday blues tau) boleh pula saya teringinkan sup gearbox di kedai berhampiran Yayasan Pahang.Rasanya dah hampir dua bulan tak menjengah dan menjamah sup gearbox di situ.Semalam memang saya banyak diam akibat kehilangan mood:-P

Bak kata kawan saya, belajarlah bahasa yang paling indah iaitu D.I.A.M...Hmm..bolehkah kita?


Haa..sedap kan tengok gambar ni. Ambil kat google images je. Kalau nak pergi ke kedai makan, tu, kena secepat mungkin, sebab sup gearbox cepat habis.dalam 1.30 tengahari pun supnya dah habis.Kempunan jawabnya kalau dapat lambat.Harap tak lah macam kisah batu belah batu bertangkup kan?

Tapi rasanya saya tak dapat lagi menjamah sup itu hari ni, sebab ada "meeting" petang ini .Mesti terkejar-kejar dengan waktu makan, waktu solat.Kalau boleh saya nak menjamu selera dengansepenuh hati saya.Fuh!Selera makan tengah naik ni.


Tetapi kena beringat juga kan kawan-kawan, jangan makan berlebih-lebihan, kelak akan membawa kepada sakit perut :-P Sebab itu pentig makan sebelum kenyang, berhenti sebelum lapar.

"Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu."
Al Baqarah :168


Selamat Hari Lahir Bonda!

BY humble.yat IN 2 comments


Selamat hari lahir mak, semoga murah rezeki, panjang umur , dikurniakan kesihatan dan semangat yang waja dalam membesarkan kami enam beradik.Pengorbanan memang tiada galang gantinya kan?Walaupun mak masih ada "secret admirer" tersendiri kan?hehe Gurau je mak..Jangan marah yerk..


Terima kasih banyak-banyak buat ibunda yang dikasihi, kerana telah membesarkan diri ini dengan tarbiyahnya tersendiri.Terima kasih juga kerana tetap waja ketika anaknya yang kecik molek ini di dalam kandungannya tetap setia berkunjung ke usrah dalam membentuk pemikiran diri.



Terima Kasih juga kerana  telah banyak berkorban, bersabar, berkongsi masalah, memahami bidang kerjaya  yang sering mendapat tentangan dari golongan tertentu dan tidak jemu memberi galakan dan doa yang berterusan. 

Jutaan terima kasih diucapkan atas sikap keprihatinan terhadap kami enam beradik dan budi mak akan tetap sentiasa dekat di hati kami yer.Nampak hati kami semua sering bersinar-sinar hehe..


Terima kasih banyak-banyak kerana sering tidak jemu mendengar ceritaku yang berulang kali tanpa bosan.Fuh!kalau nak dikutkan banyak lagi nak sebut.

Ok yang ni last.Janji.Janji:-P 
Sokongan ibunda tidak akan dilupakan sepanjang hayat  kerana beliaulah , saya dan adik-adik lain berjaya sehingga ke tahap ini.

Paling saya suka, bahasa-bahasa yang indah dituturkan oleh ibunda saya.Sangat telus dan terus ke hati walau hanya dengan beberapa perkataan sahaja.Itulah hebatnya nasihat ibu kan?

Ok lagu ini ditujukan khas untuk ibunda yang dikasihi, dengarkan yerk.


"Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing"

Nota:
Aduh teringat saya, ketika menghubungi adik tentang hari lahir ibu saya pada hari semalam.Katanya dengan selamba" Saja je malas nak wish mak lagi, tak nak bagi mak tua lagi.." HuHu..ade je idea budak-budak ni.


7/7/11

Alhamdulilah!Dah Sebulan Rupanya...

BY humble.yat IN , 5 comments


Alhamdulillah.Pejam celik pejam celik, ikatan pernikahan kami sudah mencapai usia sebulan baru-baru ini. Kad akuan nikah pun baru ambil petang tadi.:-)

Hmm..Tak nak komen banyak-banyak sebab saya tahu siapa yang akan baca blog ini kan?hehe :-P Setakat ini syukur sangat-sangat dengan apa yang ditakdirkan.Dan tadi saya tertarik dengan kata-kata ini dari status FB seorang kawan saya, Farah, katanya;

" Bukan mencari persamaan untuk hidup bersama tetapi MEREDHAI PERBEZAAN untuk hidup bercinta..."

"dipercayai lebih utama dari mencintai.."

Dalam maksudnya kan?Fikir-fikirkan...:-)

Inilah gambar penuh semua ahli keluarga saya.Jutaan terima kasih banyak-banyak sebab terlalu banyak memberi kerahan tenaga dan sokongan kasih sayang. Sayang sangat kat semua!Rasanya tak terbalas budi, buat ibunda tercinta, Angah, Idah, Basirah, Atun dan Zudin..:-) 



Dan tak lupa juga sekalung Al-Fatihah buat arwah abah di sana.:-) Akak tahu abah pasti tersenyum andai dia ada di majlis ini.


Khas untuk zauji , ahlan wasahlan fii seri kuantan..Terima kasih kerana memahami keluarga kami seadanya dan menerima segala kekurangan dan kenaifan diri ini.:-) Sama-sama kita memperbaiki diri dan istiqamah dalam setiap perbuatan dalam menuju rahmat dan kasih sayangNYA ya.Ameen!

Nota: Adik saya , Atun ada tujukan lagu di bawah ini untuk kami berdua.Terima kasih ye Atun..:-)


"Adam dan Hawa diciptakanNya , Disemai rasa kasih sayang , Agar bersemi ketenangan Dan kedamaian di hati" 
~Kasihku Abadi,Inteam~



7/6/11

::Wordless Wednesday 3::

BY humble.yat IN No comments







7/1/11

Bila Si Tamak Dapat Harta

BY humble.yat IN , , 6 comments


Harta itu duniawi.Tetapi melalui harta juga , jika dapat dimanfaatkan sebaiknya ianya menjadi jambatan ke akhirat. Banyak juga contoh-contoh ahli perniagaan muslim yang tidak melupakan untuk melabur harta mereka ke tempat yang selayaknya. Berniaga sambil beramal. Saya juga mengimpikan perkara yang sama andaikata rezeki ada, ingin sekali berniaga sambil beramal.


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” (Al Baqarah:261)

Teringat satu kes pertama saya dalam wasiat.Secara umumnya wasiat ini hanya sah diberikan kepada bukan waris dan tidak melebihi satu pertiga kerana waris-warisnya sudah mendapat hak mereka dalam faraidh.Tetapi ada sesetengah keadaan wasiat ini dibenarkan kepada waris dengan syarat ianya mendapat persetujuan bersama antara waris-waris yang ada.Jadi sebaik sahaja, Wasi meninggal, ianya tugas Peguam Syarie untuk untuk menguatkuasakan wasiat tersebut dalam urusan pindah dalam mendapatkan perintah Mahkamah Syariah yang berkenaan dalam urusan pindah milik harta alih dan tidak alih.


Tetapi apa yang mengecewakan saya, sikap waris-waris.Terlalu teruja menilai setiap harta ibu bapa mereka, ada juga yang sanggup berbalah dengan saudara sedarah sedaging, ada juga yang sanggup bermusuhan.Ada juga mertua memusuhi menantu sebab harta.Allahu Akbar!Terlalu banyak tidak mengira golongan samada yang ada asas agama dan sebagainya.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu” (an-Nisaa 4:29).

Sangat kecewa, kenapa harta itu dijadikan pertaruhan sebegitu rupa.Bila nafsu menguasai segalanya.

Tetapi saya tidak menafikan, wasiat, hibah, wakaf dan seumpamanya itu sangat penting bagi setiap umat Islam dalam pengurusan harta, cuma ada segelintir sahaja yang tiba-tiba berubah menjadi haloba dan hilang imannya bila melihat aset-aset yang ditinggalkan.Itu yang tidak patut diamalkan dan patut diubah.

 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”
( al-Hujuraat 49:15). 



6/30/11

Cinta Itu Sentiasa Muda?

BY humble.yat IN 4 comments


Ha, yang ini rancangan kegemaran saya setiap Khamis.Seronok sangat melihat pasangan pengacara yang begitu romantik ni.Hmm, kebetulan tajuk yang dibicarakan pada malam ini, "Cintaku Tak Kenal Usia". Mengenai rentetan pasangan wanita yang berumur berkahwin dengan lelaki muda dan vice versa.

Tapi alangkah bagusnya andai cinta kita kepada Allah itu sentiasa muda, sentiasa membara.Bila ianya membara, kita juga akan memanfaatkan masa sebaiknya kan?Akan sentiasa melakukan kebaikan.Akan sentiasa menyampaikan kebaikan demi agama tercinta.Betul tak?

Andai cinta Allah itu sentiasa muda, pasti ketenangan itu ada di mana-mana, tenaga positif itu sentiasa ada.Di sana sini, kita saling mengingatkan sesama kita tanpa rasa bimbang .

Nota:

  • Bimbang dengan gejala sosial bukan sahaja di kalangan golongan muda, bahkan yang berusia !
  • Baru sahaja membaca keterangan kes rogol bawah umur petang tadi.Astaghfirullahalazim!Makin gusar!