Tuesday, July 14, 2015

Al Fatihah Buat BFF ;-(

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Ahad, 12.07.2015 bersamaan 25 Ramadhan ini saya dikejutkan dengan pemergian seorang rakan baik saya, Mieza. Katanya ada ketumbuhan di dalam perut,Allahuakbar, longgar lutut rasanya.Macam tak percaya.Baru berangan nak beraya rumah dia tahun ni sebab lama sangat tak berborak lama. Last dia tegur, masa saya sampai di Mekah. Tapi hajat saya tidak kesampaian.

Antara kenangan yang ada...Yang lain tak jumpa dah gambarnya.
Saya mula kenal dia selepas permergian arwah abah. Mak ayahnya mengambil adik bongsu saya sebagai anak angkat mereka.Banyak juga urusan adik saya diuruskan mereka.Secara tidak langsung, mereka yang banyak beri sokongan kepada kami selain jiran-jiran dan saudara mara.Dah anggap dia macam adik beradik.

Arwah yang mengajar saya jalan-jalan short cut di Kuantan, setelah saya mendapat kereta baru.Ulang alik pergi kerja bersama-sama.Cerita macam-macam dalam kereta.Kalau berborak memang tak pernah habis.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman,bertuah awak, Mieza, dipilih Allah untuk ke sana pada bulan Ramadhan.

Pemergian dia kali ini betul betul menyentap hati saya, sama ada saya betul bersedia untuk menghadapi hari kematian saya atau tidak.Yang ada di "sana" nanti cuma amalan kita.

Ya Allah , Ampunilah dosa kami ya Allah..
Semoga kami mendapat husnul khatimah dan mendapat syafaat Rasullullah s.a.w sebagai umatnya..Amiiin..

***Arwah meninggalkan anak lelaki berumur empat tahun.Lagi sayu rasanya hati ni.

Seorang lagi kawan baik saya masa sekolah rendah juga pergi meninggalkan kami di awal Ramadhan, masih belum berkahwin, meninggalkan emaknya dan keluarga. "Geng Basikal dan Sekolah Ngaji" saya. Al fatihah juga untuk arwah Aslamiah..seorang guru yang komited di SEMSAS, Kuantan.

Nota Naluri:
Orang yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang bijaksana. Untuk menjadi orang yang bijaksana, persediaan untuk ke sana juga haruslah sentiasa ada. Jika kita dikurniakan umur yang panjang, teruskan perjuanagan yang ada,berbakti kepada keluarga, sahabat, masyarakat dan agama. Di situlah letaknya keberkatan umur.

Wallahualam.

2 comments:

All about a journal said...

sedihnya...

bercampur-campur sedih. terharu dengan pemergian arwah di bulan paling barakah ni. sedih dengan ramadhan yang begitu laju nak meninggalkan kita. sedih dengan amalan sendiri.

Semoga husnul khatimah utk dia. dan utk kita.

Semoga sudi kiranya Allah kumpulkan kita di syurga. menatap wajahNya yg agung. bersama Rasulullah yg mulia.


huuu.......T____T

Innanie Ariffin said...

Al fatihah buat arwah. sungguh kematian menjemput tanpa melihat usia. Moga arwah ditempatkan bersama orang beriman dan orang soleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...