10/30/16

Penjagaan Bayi Pramatang (2)

BY humble.yat IN , No comments

PENJAGAAN BAYI PRAMATANG
(Sumber dari Pa & Ma)



Bayi lahir tidak cukup bulan atau bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus berbanding bayi lahir normal. Bayi pramatang lahir awal iaitu antara 28 hingga 36 minggu usia kehamilan ibu.

Semakin pramatang usia bayi, semakin rumit penjagaannya. Lebih kurang lapan peratus bayi dilahirkan pramatang di Malayasia. Oleh kerana kebanyakan bayi pramatang lahir dengan berat badan terlalu ringan iaitu kurang daripada 2 kg maka doktor akan beratnya akan dipantauu sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

Justeru, ibu memainkan peranan penting membantu bayi bertambah berat badan bagi mengurangkan risiko lain kepada bayi. Untuk perkembangan optimal bayi pramatang, ciptakan suasana seperti di dalam rahim.

Lakukan beberapa langkah ini untuk membantu bayi pramatang anda cepat membesar.

1. Posisi tidur
Ciptakan tempat tidur bayi daripada gulungan selimut tebal yang dibuat bentuk huruf U. Letakkan bayi dalam ‘sarang’ tersebut seperti posisinya di dalam rahim. Dalam kedudukan ini, bayi merasakan dia sentiasa dipeluk dan tidak akan terperanjat kerana terasa seperti hendak terjatuh.

2. Pegang bayi
Memegang bayi pramatang dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. Ketika mengangkat bayi, pegang juga kedua lengannya, serapat yang boleh, selain menahan leher ataupun punggungnya. Boleh juga dukung bayi dalam keadaan berbedung.

3. Pasangkan lampu yang malap
Ketika menyusukan bayi dan tidurkannya, pastikan anda hanya memasang lampu yang bercahaya malap. Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan dengan baik susu yang dihisap menggalakkan kenaikan berat badan lebih tinggi. Bila cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatan menjadi kurang baik.

4. Tidak boleh penat
Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut. Misalnya menggantikan lampin, memakai baju dan menyusukannya, ini akan membuatkan bayi berasa kepenatan. Antara tanda bayi penat adalah hilang fokus mata, tangan seperti menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.

5. Elak bunyi bising
Jangan sesekali membuat bising seperti bercakap kuat di depan bayi atau menutup pintu bilik dengan kuat ketika bayi tidur. Bayi pramatang memerlukan tidur berkualiti untuk merangsang hormon pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optima.

6. Rawatan kaedah kanggaro
Rawatan ini untuk mempertahankan suhu badan bayi, menstabilkan denyut jantung dan pernafasan, membuat tidur lebih banyak, jarang menangis, meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini disarankan untuk bayi pramatang dengan berat badan di bawah 2500 gram.

7. Lakukan stimulasi
Stimulasi berupa sentuhan, suara dan penglihatan dapat membantu bayi pramatang. Hangatkan tapak tangan anda ketika memegang bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka suara ibu, jadi ajaklah dia berbual ketika menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Ketika berbual dengan bayi, jarakkan wajah anda antara 20-30 cm di hadapannya.

Semoga bermanfaat.

Nota Naluri:
Ibu ayah juga boleh join kumpulan sokongan "Baby Premature NICU Malaysia" di laman Facebook.Banyak semangat dan panduan di situ. "Only Positive vibes there.;-)"

Walimah Sepupu :Maryam, Fatihah & Aishah

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt

Alhamdulilah, dalam tahun ini, banyak meraikan sepupu menjadi pengantin baru.Bila sepupu kahwin ni, memang meriah la sebab dapat jumpa saudara mara yang jarang nak berjumpa.Boleh jadi perhimpunan terbesar tau.Memang seronok lah.Antara sebab saya suka saudara mara kahwin, boleh jumpa hampir kesemuanya disebalik kesibukan yang ada.Walaubagaimanapun, ada juga kenduri yang tak dapat saya nak pergi , sebab tengah berpantang.So, save gambar mereka siap-siap, untuk diabadikan di sini.Kot kot terjumpa di tengah jalan, takdelah tak kenal ahli keluarga baru kan. Kot kot ada pembaca ni saudara tanpa sedar, hehe seronok juga tu jejak kasih.

Jom raikan pengantin dalam entri kali ini.


1.Maryam & Ikrar



Majlis Akad Nikah
Majlis Perkahwinan

Majlis Sambut Menantu Di Terengganu
Majlis perkahwinan dilangsungkan Hotel Puri Pujangga UKM,Bangi. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.Tahniah buat Maryam dan Ikrar,orang Terengganu. Semoga bahagia ke syurga hendaknya.Kedua dua mempelai merupakan pegawai farmasi,Cinta farmasi la kot hehe.Apa pun barakallah Maryam.Kak Yati mendoakan Yam dan Ikrar akan bersama sama melalui bahtera perkahwinan sehingga ke syurga

2. Fatihah & Pasangannya

AKAD NIKAH



Tahniah juga buat Fatihah dan suami , akhirnya bersatu dalam satu ikatan perkahwinan,Fatihah ni pangkat dua pupu, tapi rapat macam sepupu juga.Dia junior saya juga di AIKOL,UIAM dulu.Tapi saya dah grad masa dia masuk main camp.Masih teringat lagi, Fatihah juga meraikan hari konvokesyen saya.terima kasih tau.Samapai sekarang pun Kak Yati ingat lagi.Sangat sangat menghargai.Sekarang dah berkhidmat di Petronas dah. Suami dia tu rakan sekerja dia.Alhamdulilah, bertemu juga jodohnya.Tahniah ye Fatihah, bakal mom to be !;-)

3. Aisyah



Aisyah, si cantik manis ala-ala "Fathia"ni pangkat dua pupu kami. Orang Mentakab.Masa kecil-kecil dulu, kalau balik kampung, sibuk main dengan adik beradik dia.Nenek dia,kamipanggil Tok Su, dan rumah dia sebelah rumah To' mek kami. Memang wajib beraya rumah dia lah kiranya .Ramai tau adik beradik Aisyah ni.Alhamdulilah sudah selamat dijabkabulkan dan majlis berjalan lancar.Semoga berbahagia hingga ke syurga ye.

10/13/16

Penjagaan Bayi Pramatang

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
 Assalamualaikum wbt.

Terima kasih banyak banyak buat mereka yang memahami penjagaan yang teliti kepada "premature baby".Saya sangatlah menghargai setiap ucapan dan doa kalian. Buat masa ini, saya cuti tanpa gaji bagi penjagaan yang teliti bagi enam bulan pertama ni.Ya, saya masih rindukan kerja saya, tapi ini pilihan yang saya perlu utamakan, keluarga saya. Harap sangat majikan, kakitangan dan klien memahami saya.Sebab ini adalah masa sukar saya dan keluarga.Jadi mohon memahami bahawa ibu ayah bayi juga perlukan sejuta ketenangan di sebalik kekuatan yang baru terbina.penting tau nak jaga emosi waktu jaga baby ni.

Please jangan bandingkan dengan baby premature yang sihat.Sebab itu adalah hasil dari susah payah penjagaan mak ayah mereka dari saat kelahiran. Setiap inkubator tu, ada kisah perjuangan tersendiri.Kami ini baru sahaja bermula episod perjuangan untuk membesarkannya dalam bulan-bulan pertama.Sepanjang enam bulan pertama ni, memang kami dapat tarikh yang padat setiap minggu dan bulanan bagi pemantauan khas dari pakar-pakar.Jika saya kerja pun, mungkin saya dah macam chipsmore, kejap ada kejap takde.Jadi tak dapat nak fokus kerja secara maksimum.

our BFF now, Dettol and  Lifebouy
Antara kompilasi checklist penjagaan bayi pramatang.Kompilasi ni saya kumpulkan dari pengalaman ibubapa bayi pramatang dari media sosial dan kumpulan sokongan ibu bapa bayi pramatang, dan daripada pengalaman saya menjaga anak pramatang kami.Semoga ia menjadi panduan buat mereka,Sebab saya pun macam mereka, mencari tips penjagaan yang terbaik buat anak.
  • Barangan baby semua dibersihkan,disterilkan dan dicuci
  • Setiap ruang rumah bersih dicuci dengan Dettol.
  • Hand sanitizer digunakan sebelum dan selepas menyentuh bayi.Yang ini paling penting.Jangan skip.Kalau tetamu datang , tanya khabar mereka dahulu sebelum menyentuh bayi anda dan mereka cuci tangan dengan hand sanitizer dengan cara yang betul seperti yang dianjurkan oleh pihak kesihatan. 
  • Facemask (wajib pakai jika ada ahli keluarga yang tak sihat atau batuk/atau asingkan baby)
  • xguna spray nyamuk, perfume, ubat gegat sebab baby premature sangat-sangat sensitif
  • tiada haiwan peliharaan(elak penyakit)
  • pengudaraan yang baik (elak dari asap rokok/asap masakan/habuk/debu)
  • Sentiasa bersihkan kipas dari habuk
  • tidak mendedahkan baby dengan bunyi yang kuat, sebab pendengarannya yang sangat sensitif.
  • tidak dibenarkan pelawat ( 3-6bulan) (ikut keadaan baby)
  • Jangan letak baby di kawasan karpet yang mudah berdebu.Letakkan di dalam baby cot/playpen.Guna karpet yang tak mudah berhabuk.
  • Ibu dan ayah uruskan baby sebab lebih prihatin, lembut, arif tentang baby sebab dapat info dari doktor dan nurse
  • krim tropika sangat sesuai sebab bersifat natural dan tak panas- dapat elakkan baby selsema, batuk, alahan kulit, kembung perut, sapu di dada, pelipat tangan, belakang badan, perut, betis, tapak kaki setiap kali tukar pampers
  • penimbang berat badan untuk pantau kenaikan berat badan baby
  • Jika minum susu formula,basuh botol dengan bersih dan steril, setiap kali pencucian botol
  • Jaga waktu minum baby,jangan skip-jika susu formula, setiap tiga jam.kalau baby tidur memang kena kejutkan dia.Jika susu ibu,keep on baby's demand.Bayi pramatang mengambil masa untuk.belajar menyusu.sebab sucking masih lemah.Sila bersabar dan jangan putus asa.
  • Banyakkan bersabar jika berat badan baby tidak naik seperti yang diharapkan.Yang penting jaga kesihatan dan alert perkembangannya.
  • Wajib sendawakan baby, dan iringkan baby bagi mengelak tersedak susu.bayi pramatang mudah muntah,terjeluak susu sebabnya ususnya tidak kuat.
  • Peka dengan kulit bayi, sebab kulit mereka mudah jadi biru dalam keadaan menangis, tersedak ketika minum susu,batuk.Angkat bayi dan tepuk belakang bayi kuat kuat sehingga warna kulit bayi kemerahan.
  • Mandikan baby(9/10 pagi) dan 5/6 petang.Ada sesetengah bayi,tidak dibenarkan mandi kecuali dilapkan sahaja , dikhuatiri bayi demam.jangan mandikan baby ketika cuaca sejuk.
  • Jangan guna aircond yang kuat, gunakan dengan sekadarnya sebab baby mudah selsema dan akan memudaratkan kesihatannya.
  • Basuh pakaian baby berasingan.Sentiasa pakai baju yang bersih dan kering
  • Tukar persalinan setiap hari, sarung bantal, bedung, alas tilam, sarung bantal
  • Thermometer untuk pantau suhu badan setiap empat jam, macam hospital buat.Jika badan mulai demam, bawa terus ke emergency hospital bagi pemeriksaan jangkitan kuman.Perkara ni bukan boleh dibuat main-main ye.
  • Pastikan baby tidur cukup untuk tumbesarannya.Bedung baby untuk tidur yang lena.
  • Ibu jangan makan sebarang jamu,makanan berempah bagi ibu menyusu, perut baby sangat sensitif
  • Kuarantin baby seminimum enam bulan di rumah.Jangan pergi ke tempat awam, kenduri kendara , jamuan di luar jika sayangkan baby anda.
  • tukar pampers setiap empat/lima jam untuk pastikan kebersihan badannya.
  • sentiasa bersihkan hidung baby untuk pernafasan baby yang lebih lancar
  • lampu tidur untuk pantau pernafasan baby di waktu malam-risk of apnea (keadaan yang lupa bernafas)
  • kelambu untuk elak nyamuk sebab kulit bayi pramatang sangattttt sensitif.
  • jangan miss appointment dengan klinik, hospital, doktor dan pakar
  • persediaan mental, tenaga, fizikal,masa , wang, tenaga. memang kena kuat sebab cabaran dia sangat tinggi kerana kita melalui perjalanan bayi dari dilahirkan untuk mendapat kesihatan yang terbaik untuk.mereka.
  • Kena rajin bertanya dan peka atas perkembangan anak anak, cari ilmu tentang bayi pramatang.
ok.semoga bermanfaat ye :)

9/26/16

Grad NICU

BY humble.yat 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah, hari ni Adhwa' Zinnirah dua bulan dari tarikh dia dilahirkan.Baru sebulan bersama abi dan umi di rumah.Masa mula mula dapat pelepasan wad dari pihak hospital untuk bawa Adhwa' balik ke rumah, memang kami nervous,Abi pun tak ready lagi sampai minta umi extend pelepasan dengan pakar.Alhamdulilah, dapat juga extend, umi guna alasan abi outstation and tiada siapa yang akan uruskan discharge wad pada hari tu.Memang abi bekerja di luar daerah pun setiap hari, sebab kami PJJ di siang hari, lima hari seminggu.Malam baru bertemu. 

Room In
Pengalaman room in, Kami dikuaratin di dalam satu bilik, ada tiga katil untuk ibu-ibu, bilik berhawa dingin, dan ada bilik air dan tandas,Yang room in dengan saya, semuanya kes bayi pramatang, dan Adhwa' lah yang paling kecil sekali, masa tu berat Adhwa' 1,8 kg.Baby lain 2kg +++. Sebelah katil saya, ibu muda belasan tahun, melahirkan bayi pramatang disebabkan kemalangan, naik motosikal dan terlanggar lubang besar ketika bayinya tujuh bulan.Masa lahir 1.6 kg.Masa room in dia masih dalam pantang , 4 hari lagi nak habis katanya.Tapi tak dapat discharge sebab kena breastfeeding seminggu, makan ubat tambah susu.

Katil yang hujung, tu pangkat kakak dengan saya, baby dia baby sulung dan pramatang , 2kg++.Sebelum ini, memang saya familiar dengan baby dia, sebab katil baby Adhwa' selalu dekat dengan baby kakak tu, Dilahirkan awal pada 33 minggu dengan 2kg plus sebab pecah air ketuban.Kakak ni baru hari ke 13 pantang, kira cepat juga progress anak dia.Tak dapat keluar lagi, sebab breastfeeding and baby kena masuk incubator care semula sebab baby dia bersin nak selsema.huhu

Alhamdulilah, Adhwa diberi pelepasan awal sebab dia pandai menyusu, saya pun tak sangka dia pandai menyusu.Sebab sebelum ni, masa buat lawatan tiap tiap hari ke hospital, selalu cuba menyusukan dia, but no response, sehinggakan nurse terpaksa buka mulut Adhwa luas luas dan saya cuba susukan dia.Tips, selalu titiskan susu dengan dia, bila dia menguap je cepat cepat saya susukan dia, sebab mulut dia kecik je,sampai sekarang pun saya kena adjustkan untuk dia.Maknanya, syarat discharge dari hospital bukanlah bergantung kepada berat bayi, tetapi bergantung keapda perkembangan kesihatannya sekali.Di hospital, mereka tak mandikan Adhwa, hanya lap dengan kapas basah yang disterilkan, sebab lemak baby belum terbentuk lagi, jadi bila dimandikan, baby akan mudah selsema dan akan membahayakan kesihatannya dan akan mudah terkena jangkitan kuman.

Antara pesan doktor sebelum discharge
  • Sentiasa gunakan handsanitizer
  •  Jangan mandikan dengan air sejuk dan ketika musim hujan, dkhuatiri demam,selsema 
  • Jika kakak Aina demam, asingkan dari adhwa, begitu juga orang lain
  • Hadkan pelawat
  • Jaga kebersihan rumah
  • Jika demam,selsema terus ke wad kecemasan hospital dan jangan pergi ke klinik biasa.
  • Penjagaan yang teliti, rapi dan khas terutama enam bulan pertama.
Bersihkan rumah
Rumah dan bilik juga juga perlu dibersihkan untuk setiap inci sebab bayi pramatang a.k.a tak cukup bulam memang kena penjagaan yang sangat teliti..Nanti saya sharekan ok.Produk DETTOL pun dah jadi barangan wajib kami sekeluarga.Sebelum nak sentuh Adhwa, hand sanitizer adalah wajib!Sesiapa yang selsema,demam dan batuk, kena duduk jauh jauh sebab kuman kuman macam itu sudah cukup membahayakan mana mana bayi pramatang. Ada macam macam lagila pantang larangnya yang tidak tertulis.

Pada hari discharge wad tu, ada dugaan juga buat keluarga kami, adik bongsu saya kemalangan , pengsan dan ditahan di wad pada hari yang sama saya duduk dengan Adhwa'. Kemudian Adik saya, Zahidah pula,, tengah berkejar untuk berlepas ke Iraq bagi urusan kerjanya.Memang tak cukup nafas kami sekeluarga. Tahun ini memang tahun ujian buat keluarga kami, Tapi Insya Allah pasti ada hikmahnya.

Ujian bukan sebarang ujian tetapi ianya adalah episod perjuangan.

Doakan kami terus kuat ye.

8/28/16

Sanah Helwah: Aina Syafiyah Turns Four

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


20 Ramadhan/8.8.16.Genap Aina  empat tahun.Selamat hari lahir Aina..semoga Aina Syafiyah menjadi anak yang solehah dan sentiasa taat pada perintah Allah.Maaf umi lambat up entry untuk kenangan untuk Aina, lantaran ujian yang tidak terjangka oleh umi.

Setakat ni kami tak pernah celebrate hari lahirnya, iatu beli kek dan sebagainya.Tahun lepas pun, kami belikan hadiah basikal untuknya.Beria kami pilih warna pink, sebab itu warna kegemarannya.Alih alih bila balik rumah, Aina kata..
"Abi, taknaklah basikal..." muka moyok je
"Laa.. habis tu Aina nak apa.."
 Frust juga beli anak tak excited denagn apa yang kami beli huhu..
"Aina nak kapal terbang.."
"Haa..kapal terbang..nak pergi mana Aina?"
"Aina nak pergi Kaabah...."

Well, kami memang terdiam sejenak kemudian gelak, rindu Kaabah rupanya...Rupanya Aina memang jenis tajam ingatannya walaupun masa pergi umrah tu, umurnya dalam dua tahun.

"Ok.Ok, nanti kumpul duit lagi, naik kapal terbang pergi Kaabah ok?"
"Janji?"
"Janji,,,"

Memang sampai sekarang dia kata nak naik kapal terbang, rindu Kaabah.Hailah anak, hati awak memang tulus kan?


Tapi tahun ni, berbeza, kami bercadang nak beli kek memandangkan Aina selalu ditinggalkan kami hampir setiap hari, sebab kami perlu menziarahi Adhwa' Zinnirah di hospital yang masih di dalam pemantauan doktor. Alhamdulilah,Aina sangat memahami kami dan berperangai baik dengan makcik dan neneknya di rumah.Hehe pantang saya pun dah ke laut tau hehe..Bergerak ke hospital dengan keadaan  lepas emergency ceaserean.Memang kuatkan hati, jiwa dan raga hehe.sakit tu semua diketepikan.

So, abi beli kek frozen untuk Aina, tempah di King's Bakery, and bercadang nak sambut kecil kecilan sahaja.Nasib baik makcik Aina ada tolong settlekan backdrop tu sementara kami settlekan urusan Adhwa' di hospital., minta tolong Makde dan Chik Ma nya belikan topi birthday dan alat alat seperti belon yang dalam paket.tekad nak buat Aina happy, sebab selalu tinggalkan dia.




Alhamdulillah, muka Aina memang nampak bahagia sangat.Seronok tengok dia senyum macam tu, macam lama tak dapat kasih sayang umi kan?

Part paling sedih, kami gambar bertiga, dan pada hari lahir Aina juga, dia sendiri tak menatap lagi wajah adiknya.Harap Aina terus kuat ok?

Jadi, hadiah hari lahir untuk Aina tahun ni, baby Adhwa', kek frozen idaman dia, palace play tent beli di lazada .Simple je..Insya Allah, umi habis pantang nanti, kita main sama-sama lagi k?

Selamat hari lahir Aina.I Love U!

7/27/16

Permata Kedua Kami : Adhwa' Zinnirah

BY humble.yat IN 2 comments

Alhamdulilah...segala puji hanya untuk Allah swt.

Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar

Syukran Ya Allah,atas peluang kedua yang diberikan untuk kami menerima srikandi kedua kami.

ADHWA' ZINNIRAH BINTI MUZAFAR
18 Julai 2016/14 Syawal
11.50 PM, 1.7 kg

Dilahirkan seawal usia 34 minggu , sebagai bayi pra matang setelah saya disahkan demam akibat jangkitan kuman dan beberapa komplikasi yang lain.

Mohon doakan kesihatan dan yang baik baik untuk kami dalam menempuh ujian dan cabaran sebagai tarbiyah pengalaman dalam hidup kami.

Aamin ya rabb  alamin.

Setiap kelahiran srikandi kami mempunyai kisah perjuangan yang tersendiri yang tidak dapat diluahkan.

Semoga kami dapat mendidik amanat- amanat ini dalam menghadapi cabaran kualiti umat di akhir zaman ini.

Aamin ya rabb alamin...

Sehingga kini,baby Adhwa' masih di dalam pemantauan doktor dan saya berpantang tanpanya..Semoga hati dan jiwa ini terus kuat.



6/3/16

Ramadhan Kareem

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Ramadhan antara bulan yang dinanti umat Islam.Apatah lagi saya. Tak sabar nak jumpa Ramadhan.Rumah pun dah siap dikemas sempena menyambut Ramadhan, macam raya pula kan.Kita ubah tradisi kali ini.

Apa-apa pun Selamat Menyambut Ramadhan ye semua. Raikan Ramadhan sebaik mungkin.



Nota Naluri:
Baby dah tujuh bulan.Semoga kita dapat menempuhi Ramadhan ni dengan baik yek. Berdebar debar juga rasanya.Dulu kakak Aina dilahirkan dalam Bulan Ramadhan. Kali dan beraya dulu.:-P