6/3/16

Ramadhan Kareem

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Ramadhan antara bulan yang dinanti umat Islam.Apatah lagi saya. Tak sabar nak jumpa Ramadhan.Rumah pun dah siap dikemas sempena menyambut Ramadhan, macam raya pula kan.Kita ubah tradisi kali ini.

Apa-apa pun Selamat Menyambut Ramadhan ye semua. Raikan Ramadhan sebaik mungkin.



Nota Naluri:
Baby dah tujuh bulan.Semoga kita dapat menempuhi Ramadhan ni dengan baik yek. Berdebar debar juga rasanya.Dulu kakak Aina dilahirkan dalam Bulan Ramadhan. Kali dan beraya dulu.:-P

5/27/16

Wishlist : Set Bersalin

BY humble.yat No comments

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Wishlist berpantang saya:

Untuk umi

Qaseh Gold Adinda/Phytonatal NR/Sunquick - untuk pelawasan, penyusuan








Pengalaman saya ketika berpantang, memang ada masalah sembelit.Then, kemudian Aina kena demam kuning, jadi tak dapat consume "Phytonatal". Tapi saya habiskan juga "phtyonatal" selepas Aina baik dari kuning. 

So , solution waktu tu, jumpa Dr bagitahu ada masalah sembelit and tak boleh makan jamu untuk pelawasan, .Dia ada bagi ubat syrup untuk pelawasan. Siap pesan, kalau ada masalah sembelit lagi, bancuh je sunquick pekat pekat tanpa gula, tak payah pakai ubat dah. Saya cuba dan ia sangat berkesan.Memang buat stok Sunquick time berpantang tu. Sampai sekarang pun masih buat macam tu.Samapai ke adik adik saya guna petua doktor tu.Patutla orang putih minum fresh orange pagi-pagi kan?Baru faham waktu tu hehe.



Tamar Cocoa/Vico

Untuk sarapan pagi dan ketika saya lapar, boleh cicah biskut.eh stok biskut pun kena ada banyak juga ni.Waktu berpantang dulu, kalau ada orang bawa tin biskut sebagai hadiah, saya yang paling seronok sekali, memang hantu biskut hehe plus lapar,

Bengkung Moden RM205.00/Freegift Piper Gel (Krim Barut dan e-book)dah ada




Beli di www.bengkungmoden.com semasa promosi, untuk kempiskan perut, boleh pakai waktu kerja sekali, yang penting nak memakainya pun senang.Bengkung ikat Tali dah ada,kali ni nak ada bengkungmoden pulak. memang fokus nak saving duit untuk beli bengkung ni.Akhirnya tercapai juga.Harap -harap saya akan gunakan secara maksima bengkung ni.Sebab bengkung ni boleh dipakai untuk yang bersalin normal, pembedahan dan waktu bekerja juga.Yang tu yang paling menarik tu.Saya beli size S selepas meminta nasihat Pn Fazidah, pengasas Bengkung Moden.

Stokin Berpantang


Stokin Vken 1 pasang , Stokin tebal/bola 2 pasang. Cukuplah kot.Tak yah banyak banak sangat.Nanti merata juga cari hihi 

Uncang Cuci & Akar Herbanika NR 





Antara produk NR yang paling saya suka.Teh herba yang memberi tenaga dan Uncang Cuci Yang memberi kesegaran.Minum Teh Herba tu saya campurkan dengan madu.Eh tapi minum macam tu je pun best.Letak air akar dalam flask, kemudian sedia diminum bila saya nak.Boleh banyakkan susu juga,

Vitamin C Amway 

Saya pilih sebab, kali ni alahan saya teruk, batuk yang tak berhenti henti,Kemudian kawan yang suggestkan Vitamin C Amway, alhamdulilah, ianya serasi dengan saya.Harap dapat teruskan waktu berpantang nanti. Orang kat Vitamin C memang bagus untuk orang yang berpantang.

Minyak Sejuta Rahsia Anugerah

Sapu seluruh badan, bau dia, wangi macam Minya Herba NR juga dan menepati citarasa saya.

Minyak Gamat Susu Kambing- dah ada, kirim dengan adik beli di Langkawi

Minyak Herba Kampung -
Dah ada, suami belikan di kampung dari tukang urut, wangi sangat bau dia
Banyak pula stok minyak :-)

Tungku Batu Sungai - dah ada, mak punya, warisan turun temurun

Daun Serun-untuk mandi dan segarkan badan.Minta dari mak bidan nanti kot masa berurut.hehe

Radio Al Quran - 


dah ada, dah lama survey. Radio Al Quran ni ada pakej dia.Standard harga di pasaran sekarang RM100-RM200.00 bergantung pada pakej yang kita nak, saya ambil yang basic sahaja.RM100.00.Beli dengan kawan je. Kat lazada pun banyak radio mini TF ni, cuma takde pakej bacaan Al Quran, yang tu siapa yang rajin, boleh save sendiri. Boleh dengar bacaan Al Quran time berpantang untuk pengisian rohani, dan ada setting radio sekali tau.Kalau ada USB sendiri pun boleh letak kat radio tu.Yang penting rechargeable dan mudah nak dibawa ke mana-mana.Speaker dia pun kuat.

Untuk baby
  • Herbal Cream Tropika - Beli kat kedai kat office sahaja. Dapat beli RM30.00 sahaja.Lebih murah dari harga pasaran dan online.:-) Kedai tu pun macam macam produk ada.Tanya je.Memang dah jadi, favourite kedai saya tu.Dah macam jadi one stop cebter untuk saya beli pencuci muka dan sebagainya
  • Tungku bayi tateh  plus minyak telon  tateh (dalam pakej newborn Tateh)



  • Barut Tateh  (dalam pakej newborn Tateh)



Eh Macam banyak pulak barang umi dari baby hehe..Ini sekadar wish list sahaja..hehe

Ok semoga entri ini dapat membantu pembaca blog semua yek dalam mencari idea bagi set bersalin dan berpantang.

Nota Naluri:
Berdebar untuk menanti Ramadhan kali ini..

5/5/16

Fitrah Bergantung Kepada Allah

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Al Kisah...di alam pekerjaan, dalam muamalat dengan sesiapa pun..Adakah sebelum itu kita berniat Lillahi Taala, atau pun kita hanya buat kerja semata mata nak habiskan due date kerja, atau sekadar memuaskan hati pihak masing-masing?

Sebabnya saya dah terkena..biasalah buat kerja, kadang-kadang kita memerlukan kerja teamwork, tetapi tidak yang  seperti yang diharapkan,.Masa tu mungkin saya yang terlalu bergantung keapda kerja teamwork dan membuatkan saya jadi emosional.Allahu Akbar.Jarang saya nak emosional bab kerja ni tau.

Tapi saya naik atas, solat dulu dan tenangkan hati saya.Yes , ibrahnya, saat itu , saya lupa bergantung keapda Allah, sebernarnya kerja tu datang dari Dia, dan kita tak boleh lupakan Dia.Tapi saat itu, saya terlupa, terlalu bergantung kepada kerja teamwork.Allahu.

Maka, saya betulkan niat dan tarik nafas panjang panjang.Betulkan niat.

Kita bekerja perlu bergantung pada Allah tak kisah kita kerja di dalam bidang apa apa pun
Jangan terlalu bergantung kepada kerja manusia sebab kita ini bukannya sempurna.
Jangan lupakan Allah swt walaupun sesaat.

Hati saya rasa tenang.Kemudian ,nak tahu jadi apa pada kerja saya tadi? Kerja saya jadi makin mudah,Fail yang bertimbun sekejap je surutnya.Alhamdulilah!

Sesungguhnya semua ni datang dari Allah.


5/3/16

Breastfeeding: Breast Pump Yang Mana Satu Yek?

BY humble.yat IN 1 comment

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim

Masa Aina dulu, saya guna Medela Harmony, beli dari Shakina Farhan. Alhamdulilah, memang sangat-sangat berjasa , dari titisan colustrum, selepas operation, dan sepanjang di hospital semasa Aina prolonged jaundis, simpan stok untuk Aina waktu malam, jika saya tak larat nak direct breasfeed, ketika saya mengurut dalam waktu berpantang, ketika bekerja, sangat-sangat comfortable!


Tapi sekarang ni saya tengah survey pam elektrik/rechargeable double pump sebab keadaan kerja saya yang sangat sibuk, tak macam dulu lagi,sekejap hilang lebih kurang setengah jam hehe.Alhamdulilah, zauj sangat bagi sokongan untuk menyusukan Aina sehingga dua tahun.dah tiga tahun lebih baru boleh weaning off huhu.

Setakat ni , sepupu saya ada rekemen Tiny Touch , Halfrod, Lacta, Malish sebab tengah promosi di butiknya , "Butik Tateh". Dan mestilah saya cari review untuk ketiga tiga produk ni.Katanya sebab corongnya dari silikon, jadi lebih selesa untuk semua ibu dan yang paling penting rechargeable and double pump.Spare part ada dijual dibutiknya, ha, lagi satu tempat servis pam dan waranti, mesti kena cek dulu kan?




Bagi saya , breast pump Promo di Tateh memang berbaloi selepas di tolak tambah dengan promo breastpump shop lain..Siap ada free gift lagi.


Lacte yang selalu mendapat pujian ibu ibu menyusu. Cooler bag dan ice pack yang menarik

Malish pun macam tu juga kan.menjadi pilihan.Review di blog banyak juga



Puas juga saya mencari review Tiny Touch, sebab produk baru lagi kan? Akhirnya jumpa di Page FB "Tiny Touch".Alhamdulilah, Tiny Touch antara top three selepas Medela dan Spectra. Kira ok la kan.Saya nak memburu Tiny Touch la lepas ni.Hehe.Harap harap sempat lagi.Medela Harmony tu takkan dilupakan lagi, sebab masih sangat elok tau. Insya Allah akan cari dengan harga yang berbaloi.Doakan saya k.Kalau nak cari pun spare part yang membran sahaja kot.


Antara review pengguna Tiny Touch..Screenshot dari page FB Tiny Touch yang menajdi sebab saya memilih Tiny Touch. Untuk rujukan saya nanti.Mungkin buat pembaca blog juga.
























Tunggu saya tau Tiny Touch, Semoga pembelian berbaloi dengan penyusuan adik Aina nanti.Semoga Allah mempermudahkan.Amin.

4/29/16

Our True Soulmate...

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Ada orang tanya tips pada saya sebelum dia melangsungkan perkahwinan. Kelakar juga rasanya, saya pun tak tahu nak bagi tips apa pada dia.

Ucapan biasa di mjalis perkahwinan pun, mesti macam ni:

"Barakallahulakum"
"Semoga bahagia dunia akhirat"
"Semoga berbahagia dengan baitul muslim yang dibina"

Ha, lebih kurang macam tu la kan?

Oh at last, saya baru saya ingat tentang tips ini, paling penting kita pegang selepas perkahwinan,

"Our true soulmate is not our spouse but Allah..."

Maknanya macam ni, suami yang kita kahwini bukannya 100% hakmilik kita, tapi 100% hak milik Allah swt. Jadi, jangan pegang dia di hati kita, cukuplah hanya genggaman tangan kita untuk memimpin kita ke syurga..Jadi memang kena sayang suami Lillahitaala.Tapi sayang Lillahitala bukan hanya di mulut, tapi betul betul dari hati kita.

Jadi , bila kita rasa kita rasa hati suami dah terjatuh pada hati kita, cepat cepat ingat Allah balik.Yes,itu memang cinta yang halal, tetapi, kita perlu ingat, semuanya dari Allah kan?


Contohnya: Kalau contoh dalam keadaan berperang, sanggupkah kita mengorbankan nyawa kita kerana Allah, sebagaimana para-para Nabi dan sahabat-sahabat lakukan? Sebagaimana para para mujahidin di Syria, Palestin,Mesir dan negara Islam yang bergolak?Lafaz syahadah tu bukan di mulut sahaja tau., dan bukan perkara yaang main-main. 


Tiba-tiba saya rasa iman saya nipis sangat, bila mengenangkan perjuangan syahadah mereka.huhu..Tak apalah, sama-sama kita muhasabah diri dan mengingatkan diri masing-masing kan?

Sekrang kita juga boleh kembangkan sayang emak, anak, kawan-kawan  kerana Allah Taala juga kan?

Insya Allah.

Semoga entri ini bermanfaat.

Satu lagi perkongsian ke syurga.

Wallahualam.


4/27/16

Sewing Project: Langsir Dapur

BY humble.yat IN , , 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Projek Jahit Mudah. Langsir Dapur. Mula-mula masa masuk rumah, guna cangkuk S dan rod besi Daiso dan sangkut langsir je. Sebab tak tahu nak guna konsep apa lagi.Sampai sekarang pun idea tak menjelma lagi.Hehe.Tapi tingkap dapur dah ada frosted tinted, jadi sebenarnya takdela nampak aurat pun. Tetapi entah nak juga letak langsir seketul ada kat  situ.Nama pun dah perempuan.Kita letak jela sampai kitchen kabinet dah ada yek.



Kemudian, , bila nak buat kenduri kahwin adik di rumah kami, (Nanti saya kongsikan pengalaman buat kenduri kahwin di rumah sendiri, memang nervous tau ) . kena upgrade la sikit langsir dapur. Puas juga mencari idea nak jahit langsir labuh mana, warna apa yang sesuai.Akhirnya biru juga pilihannya.Labuh langsir saya amik 3/4 dari grill.



Saya dan zauji puas juga mencari idea macam mana nak sangkut langsir dalam keadaan last minute tu, sebab nak sangkut guna cangkuk S, dan wayar memang tak lepas,.Railing langsir pun ambil masa. Nasib baik idea datang,,,,

Kami guna wiring langsir dan cable tight!ikat pada besi grill tingkap.Memang kemas. Tengok kat bawah ni...:-) .Bolehlah sementara mencari idea yang lebih superb lagi lepas ni.

Boleh nampak kan frosted tinted kat tingkap tu kan?Memang pemandangan luar pun tak nampak, kira memang cover aurat kita sebagai orang dapur.Langsir tu buat syarat penyeri dapur je.Hihi..Nak juga ada unsur bunga kat situ hehe.




Abaikan keadaan susun atur dapur yang tidak terurus tu yek.Malu ai..hehe.Pic silau sikit waktu siang.

Kain langsir tu beli Di kamdar je RM5.00 semeter.Ada macam macam warna, tapi yang ini paling berkenan.

Ok itu sahaja, semoga bermanfaat.

4/22/16

Rumah: Loteng Stainless Steel

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya nak  berkongsi berkenaan loteng rumah yang kami dah buat.Terima kasih kepada sesiapa yang emel, ramai juga rasanya, yang request tanya pasal loteng berikutan entri saya yang ini.Alhamdulilah, entri saya dapat membantu mereka yang mencari maklumat,Saya pun kaki google  juga sebelum membuat buat apa-apa keputusan setelah membuat perbandingan,Memang dunia blog membantu saya membuat pilihan yang lebih bijak . 

Tangga besi ke loteng rumah
Insya Allah, saya akan kongsikan loteng yang kami buat di rumah.Antara tujuan kami membuat loteng adalah:

1) Penyimpanan barang ketika musim tengkujuh dan banjir, terutamanya, barang elektrik, tilam, pakaian dan lain lain.
2) Memaksimakan penggunaan bilik yang bersiling tinggi

Eh tapi, boleh buat mini library and tempat solat juga .comel je ruangnya.

Adik adik saya kata, kalau diaorang duduk rumah semua berebut nak duduk dalam bilik berloteng sebab ala ala Korea katanya.Entahlah, cerita yang mana satu , pun saya tak tahu.

So, konsep loteng kami menggunakan besi stainless steel.Di kawasan perumahan kami, memang majoriti buat loteng.Ada yang dari kayu teguh .Ada juga yang DIY, bgai mereka yang berkesempatan buat sendiri..Macam macam design jugaklah.Tapi zauji berkenan menggunakan konsep stainless steel, supaya lebih kukuh dan tak reput , dimakan anai-anai.Kalau kayu lama-lama dimakan hari.Lainlah kalau chengal dan jati kan?Wallahualam :-)

Jadi inilah konsep kami.Loteng stainless steel.


Tangga besi, berpagar di atas.Buka je pintu memang cukup cukup ruang untuk tangga di atas. Bilik tengah kami ni kecil sahaja,Jadi tangga memang agak curam, tapi saya rasa ok sangat dah. Alhamdulilah.Sekurang-kurangnya ini ikthiar kami bagi persiapan banjir, jika berlaku lagi. 



Nampak kan kawasan di atas yang berpagar.Masa ni memang tengah letak barang-barang kat atas, sebab awal Disember dah start hujan sedikit-sedikit.

Standard Rate harga pasaran ketika itu, RM3,000-RM3,500.00.tapi disebabkan kami adalah yang pertama menempah loteng dengan Abang Man, maka kami dapat harga special:-) Lagipun Abang Man, ni suami kawan saya.Senang nak berurusan dengan dia tau.

So, sesiapa yang berada di Kuantan, bolehlah contact Abang Man (Man Jaya Engineering-013 9501335. dan mengikut masa kami, di hujung minggu, sebab kalau hari berkerja susah sikit kami nak ada di rumah huhu,kerja-keraj Abang Man, memang sangat, siap dia menyapu dan kemas balik apa yang dia dah buat.Menayapu dan sebagainya.Terima kasih banyak banyak tau,Nanti datnglah rumah lagi yek.hehe

Alhamdulilah setakat ni, kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Abang Man.Next projek tabungan untuk buat awning rumah, besarkan car porch, pagar pula..Step by step. Doakan kami dimurahkan rezeki yek.

Saya harap entri  ini dapat membantu bagi mereka berniat nak buat loteng rumah.

Semoga bermanfaat.