Monday, October 31, 2011

First Aid: Cuci Luka

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Saya masih mencari "first aid kit" yang sesuai untuk meletakkan ubata-ubatan kecemasan.Kalau boleh mahu buat sendiri sahaja, letak dalam beg kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.Setakat ini saya hanya letakkan setempat sahaja di rak.

Bantuan kecemasan pertama sangat penting dalam mana-mana situasi dan pastikan kita mempunyai pengetahuan yang cukup, salah bantu, salah cara, padah jawabnya.Sebab itu mempelajari ilmu bantuan kecemasan sangat penting.

First Aid Luka

Tengahari tadi, saya sempat ke farmasi, membeli sedikit barang untuk bantuan kecemasan bagi luka luar.(Walaupun tak dapat jadi doktor, menyimpan barang first aid kit, sudah cukup seronok bagi saya). Antaranya;
  • Iodin 
  • Kapas sapu iodin
  • Kapas untuk membalut luka
  • Bandage
  • Tape 
(nama barang pun ikut suka hati kan, hehe)

Ha, yang ini pun, saya bertanyakan "Pharmacist" di situ, sangat membantu.Katanya jika ada luka luar, lebih baik dibiarkan terbuka, supaya ada pengaliran udara, tapi luka kena cuci selalu dalam 2-3 kali sehari.

Ada juga petua, sapu minyak gamat, yang ini petua tradisional.Jadi botol minyak gamat pun kena ada juga dalam "First Aid Kit".:-)

Nota Naluri:
Rasanya saya perlu ulangkaji balik bantuan kecemasan yang telah dipelajari suatu ketika dulu, sudah berkarat rasanya ilmu perubatan ini..hehe..:-)


3 comments:

epitjack said...

teringat masa kelas first aid dulu kita belajar CPR and Triage..;D

Hayati A.G said...

dan teddy bear yang menjadi mangsa kita hehe..best!

suri said...

erk sllu miyak hijau jer hee..klu sesak payah gaknak meraba cri ubt tuh heeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...