Thursday, October 27, 2011

Selamat Pengantin Baru : Noy & Zul

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Selepas Aqad Nikah...10.00 pagi, 23.10.2011


Alhamdulilah, seorang lagi sepupu saya, Noy selesai mendirikan masjid.Kami panggil dia Noy (nama manja) di Temerloh Pahang.Tema Akad Nikah Purple Off white, dan bersanding warna hijau epal.Gubahan hantaran-hantaran pengantin lelaki dan perempuan merupakan sentuhan khas dari pengantin perempuan sendiri.Saya cuma buat hiasan pulut kuning sahaja (ada juga sentuhan saya kan?hehe)

Fokus kat pulut kuning yek.:-)
 Pertemuan itu.

Saya suka pertemuan mereka , iaitu di hospital, menjaga kedua orang tua, dan mereka berkongsi pengalaman di situ.Sebelum ini sepupu saya Ika dikenali dengan "Cinta Road Block".:-P
Sementara menunggu Pengantin Lelaki

Teringat ucapan Pak De saya di majlis ini, selamat menempuh alam rumhatangga, banyakkan bersabar, kalau banyak bermain emosi dan mahu menangis, pergi ke bilik air,mandi .Jika rasa sedih, cari perkara yang boleh untuk kita gelak bersama-sama..:-).Ha..itu pesanan orang-orang veteran...

Ok lah apa-apa pun, Selamat Pengantin Baru Noy, semoga kasih kamu berdua kekal dunia wal akhirat, mendapat rahmat dan kasih sayangNya..Ameen!


2 comments:

izfanora said...

selamat pengantin baru kepada mempelai.. warna tema tue sama dengan tema time kakak izfa bersanding.. :)

suri said...

selamat pegantin baru..rasan ak peluk yg tersyang heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...