Thursday, October 6, 2011

Selamat Berjuang Cik Yani...

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Sayunya hati saya bila melangkah keluar pintu pejabat hari ini.hmm..Akhirnya peguam pelatih di tempat saya, Yani tamat tempoh latihannya selama sembilan bulan di firma guaman kami.Wah mesti saya rindukan dia sangat-sangat nanti.Ucapan tahniah juga dihulurkan kerana Yani dah dapat tawaran kerja dari firma guaman lain.tahniah Yani, Kak Yati tumpang gembira k?:-)

Percayalah rezeki yang Allah tentukan itu terbentang luas untuk kita.
Carilah pengalaman sebanyak yang mungkin dan buat yang terbaik
Berjasalah dan berbudilah pada ayah dan ibu selagi kita masih dekat di sisi mereka.

Segalanya tinggal kenangan..T.T

Kenangan antara kita berdua, memang tak dapat dilupakan, walaupun kadang-kadang kita tak sempat bertegur sapa lantaran kesibukan yang melanda.T.T.Yani di bilik hujung sana, Kak Yati pula di hujung sini.Akhirnya hanya YM jadi penghubung bicara dengan status "halimunan".:-P

Terima kasih kerana sentiasa menjadi pembantu secara tidak langsung Kak Yati, terutama dalam majlis KakYati dan kerja-kerja di sini.Terharu sangat!
Terima kasih juga kerana menjadi peneman Kak Yati "outstation" walaupun pada hari cuti.
Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendengar setia..
Terima kasih kerana.........................

Aduh!Tak dapat nak teruskan lagi untuk terus menaip segala ucapan terima kasih kerana hati sangat sebak!

 "Selemah lemah manusia yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari."
(Saidina Ali)



3 comments:

izfanora said...

pertemuan itu kadang mampu buat kita bukan sahaja tersenyum, malah tertawa.

namun, bila tiba perpisahan, satu yang paling nyata untuk digambarkan biar tiada kata-kata; air mata..

dia pergi untuk terus berkhidmat.. :)

Hayati A.G said...

huhu..makin sedihla plak..T.T

suri said...

kitapun kwn juga kan,kawan maya kwn blogger...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...