Friday, October 21, 2011

Ditinggalkan....

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Minggu ini saya berdepan pelbagai berita yang mengejutkan.

Mengenai wanita, ada yang ditinggalkan dan ada sanggup meninggalkan  si suami.Semuanya subjektif.Saya pasti semua maklum tentang statistik 77 pasangan bercerai dalam satu hari.Ada juga yang baru tiga bulan berkahwin, sudah dipukul suami, ada juga suami yang menghalau isteri dalam keadaan berpantang.Tapi ada juga wanita yang mengambil kesempatan.

Ada juga merumuskan bahawa lelaki harus berwaspada apabila berdepan dengan tiga perkara iaitu harta, wanita dan pangkat.Hmm..Bila ketiga-ketiga ini ada, lelaki harus berhati-hati.(Terima kasih zauji atas info ini:-))

Berhati-hati dalam menguruskan tiga perkara.Bila ketiga-ketiga perkara ini ada, graf keimanan dan kesyukuran juga harus meningkat.Bukan harus menjadi orang yang lupa pada nikmat Allah.Gunakan ia sebaik yang mungkin dan di jalan yang betul.

 Wanita Harus Jadi Yang Terbaik

Peranan wanita pula harus menjadi yang terbaik.Walaupun kita tak dapat nak menjadi seperti Saiditina Aishah r.a ataupun Saiditina Siti Khadijah r.a. tetapi kita harus berusaha menjadi seperti mereka, mengambil setiap nilai-nilai yang mulia.Sedikit aura pun tidak mengapa.Janganlah pula kita menjadi lebih teruk dari apa yang kita ada.

Memadai ke "Just Be Yourself"?

Memang benar, kadang-kadang orang kata "just be yourself".Tetapi janganlah hanya setakat itu sahaja, cuba perbaiki diri (termasuk saya juga) untuk menjadi yang terbaik dari pandangan Allah.Bukan sahaja terbaik dari segi pandangan manusia.

 Nota Naluri: Mahu jadi yang terbaik!Semangat!:-)
 

4 comments:

izfanora said...

dunia itu sahaja sifatnya melalaikan.. apa sahaja di sekeliling kita mampu mempesonakan mata yang memandang, apatah lagi memilikinya.. minta dikuatkan iman.. amin..

suri said...

byk yg kwin lagi byk yg cerai kata org...benar juga tu fakta cik peguam heeee

Hayati A.G said...

izfa:
amin..dunia ini te,mpat persinggahan, tetapi pastikan pesinggahan itu ada nilai yang tinggi untuk bekalan ke sana..:-)

Hayati A.G said...

suri:
tulah, risau tengok statistik penceraian sekrang, makin menjadi2..

penceraian juga tak kira umur..

jadi ilmu rumahtangga itu perlu dan wajib ada, supaya sentiasa bertolak ansur:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...