3/11/13

Orang Baik, Ujian Hebat!

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Menonton sinetron Rindu Bertamu di Abu Dhabi.Yang kelakarnya saya baru tahu Abu Dhabi itu adalah sebuah negara, ingatkan wilayah kecil sesebuah negeri. Sekali pandang, melihat watak-watak bertudung, memang menarik perhatian saya.Tetapi waktunya tidak kena, Maghrib Jadi tengok celap celup sahaja.Jika berkesempatan dan selesai tugas awal, bolehlah menonton.

Persoalan yang muncul di benak hati saya, watak Fahrin (Firdaus) dan watak Tasha Shilla (Ain) adalah di kalangan orang yang baik-baik, tetapi kenapa jodoh mereka bukan dengan cara yang baik, bahkan diperangkap oleh mereka yang berhasad dengki.

[kredit]

Jawapannya, orang baik ujiannya hebat!Tanda Allah swt sayang pada hambaNYA.Dan supaya kita akan sentiasa mengingatiNya, Insha Allah

Ingat kisah Nabi Ayub yang ditimpa pelbagai penyakit yang dahsyat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan dari menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.

Bagaimana pula kisah Nabi Yusof?Seorang yang dikurniakan rupa yang kacak , dan menerima ujian Hasad dengki antara adik beradiknya, difitnah Siti Zulaika. dipenjara pula.

Sirah Rasullullah s.a.w begitu juga, mempunyai sifat terpuji, tetapi ujiannya dari segi menyampaikan dakwah.Sayunya hati jika mendengar kisah Rasulllullah s.wt menyebut "Ummati..Ummati..Ummati....".

[kredit]
Kesimpulannya, apa saja ujian atau dugaan terhadap kita, jangan melatah terlalu cepat dan menyalahkan sesiapa ataupun takdir, tetapi ingatlah ujian itu tanda ingatan Allah s.w.t kepada kita, tanda sayangNya kepada hamba.

Tarik nafas sepanjang yang boleh, lalu beristighfarlah, supaya diampunkan segala dosa-dosa kita.Ingatlah dengan berzikir, supaya hati kita akan menjadi tenang untuk mengharungi gerak langkah selepas itu.Insha Allah.

Wallahualam.


3/7/13

Cita-Cita Budak Darjah 4: Surirumah

BY humble.yat IN , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Kerja rumah Bahasa Melayu (Penulisan) , "Cita-Cita Saya" diberi kepada anak-anak murid Empat Ehsan pada tahun 1990-an. Maka berfikirlah seorang anak murid ini tentang cita-citanya, tentang kerjaya ibunya.Terlalu dikagumi.Tanpa ragu-ragu, laju dia menulis cita-citanya, harapan mahu jadi seperti ibunya.

Pensil itu laju mengarang, " Cita-cita saya adalah seorang surirumah". Dia puas melihat hasil karangannya dan pasti mendapat "A" gemuk dalam Bahasa Melayu, seperti karangan-karangannya sebelum ini.

Dengan penuh semangat  menghantar hasil karangan tersebut kepada gurunya, sambil melihat hasil karangan-karangan kawan  yang lain. NJ bercita-cita menjadi guru seperti ayahnya, HD bercita-cita menjadi pegawai diplomatik, ikut jejak ayahnya. BT mahu menjadi seorang doktor, HS mahu jadi bomba.

Keesokannya. terdengar jeritan guru itu memanggilnya, " Nor...! buat karangan ini semula, ada ke cita-cita kamu mahu jadi surirumah, mana ada dapat gaji besar pun..."

Satu kelas tertumpu kepada Nor,. Ada yang tersengih, ada yang ketawa melihat karangan "surirumah" tersebut.Cita-cita jalanan kata mereka.

"Tapi, cikgu, emak saya ada gaji, tiap bulan bagi belanja pada saya, macam-macam kerja dia buat.."

" Isy mana ada, surirumah mana ada gaji, kamu buat cita cita saya menjadi guru..macam cikgu ni.."

Dalam keadaan keterpaksaan, karangan itu diubah , cita-cita saya adalah guru.Karangan itu ditulis tanpa perasaan.Hatinya memberontak mahu mengatakan surirumah itu adalah cita-cita surirumah itu yang terbaik.

Segala persoalan bermain di mindanya, cita-cita ni maksudnya kena ada gaji besar ke? Surirumah itu bukan satu cita-cita ke?Bukankah itu satu kerja yang mulia, mendidik dan mentarbiyah anak-anak.

Antara baitnya, "Menjadi surirumah, saya boleh mendidik anak saya membaca, menulis karangan dengan baik, mengaji, membuat bekalan kepada anak-anak saya kelak. Dan saya akan mencurahkan segala kasih sayang kepada mereka "

Walaupun gaji surirumah tadi, adalah elaun bulanan dari ayah kepada ibunya.Tetapi si kecil tadi amat mengagumi tugas ibunya, melayan setiap karenahnya membuat kerja sekolah, sama-sama belajar huruf jawi sehingga boleh membaca dengan lancar sekali ,membuat latihan karangan secara latih tubi di kerusi kawasan dapur, sentiasa membuat bekalan untuknya ke sekolah supaya tidak perlu berebut dan beratur panjang di kantin,Takut kotor pakaian dan tudung katanya.

Surirumah yang saya kagumi, ibunda tercinta..

Dan abad ini, ianya terbukti, ramai wanita yang bergelar surirumah berjaya mendidik anak-anak mereka.Tokoh-tokoh ibu mithali bermula dari didikan awal dari air tangan ibu itu sendiri.


Jadi siapa kata surirumah itu bukan cita-cita yang relevan?Saya sangat mengagumi semangat surirumah itu daripada ibunda tercinta.Dan buat wanita yang bergelar surirumah , saya respek anda, dan gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk mendidik anak menjadi insan yang berguna.

Tetapi buat wanita yang berkerjaya, kita perlu belajar menjadi superwoman, penuh semangat juang dalam mencurahkan bakti kepada masyarakat dan anak kita.

Wallahualam..

Nota Naluri:
Sayang mak, terlalu teliti dan cermat dalam menjaga kami.:-)

3/5/13

Musytari Di Bawah Bulan?

BY humble.yat IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

gambar yang namapak dari mata kasar.tidak di zoom..
Pernah tengok Musytari di bawah bulan?Tengok gambar di atas ada dua cahaya.Cahaya yang besar itu bulan.Yang ada titik kecil sedikit itu lah Musytari.Gambar ini diambil tanpa zoom.Kiranya kalau mendongak ke langit macam inlah rupanya.Pandangan mata kasar.

Jom tengok yang di zoom sikit.Ok jelas sikit kan?

zoom sikit guna nikon...




Yang Kuning itu Bulan, Yang merah itu Musytari.Seronok kami tengok beramai-ramai di bawah langit.Aina pun kami heret sekali tengok.Bila dia tengok kami mendongak, dia pun mendongak jugak.

Ada lagi gambar cantik dari Falak Online.Boleh "Like" kalau nak tengok update tentang  apa-apa sahaja tentang ilmu falak.Tak rugi pun, malah bertambah pengetahuan tentang alam semesta sambil mengagumi tentang ciptaaNya.

kredit: FBfalakonline-gambaran bulan yang lebih jelas.

kredit: FBfalakonline-bulan berselindung di balik awan
Alkisah, bagaimana kami dapat tahu tenteng kisah musytari ini, adalah sumber dari falakonline, like page, nantikan updatenya.:-) dan kejadian di atas adalah pada malam 19hb Februari 2013.

Nota:
Kesokannya, hari siang, bawa Aina jalan-jalan keluar, dia tetap mendongak ke langit, agaknya mencari Musytari di bawah bulan lagi.Tetapi yang muncul matahari petang hehe.Sekali sekala belajar ilmu falak ye Aina..:-P

2/28/13

Dakwah Itu Cinta

BY humble.yat IN , , , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Dakwah Itu Satu Cinta.

Saya berani katakan begitu rentetan peristiwa Isnin lalu dalam mengendalikan kes bicara pesaka.Terkesima saya mendengar kata-kata pegawai bertugas kepada anakguam saya.

"Dah berapa lama makcik makan harta anak yatim ni?"
"Bila nak bayar balik hasil dari anak yatim ni kepada waris yang hak?Atau hanya tunggu kematian?Tunggu malaikat?Tunggu Tuhan?"

Luruh jantung saya mendengarnya.
Dengusnya juga agak kasar.Kurang toleransi.Tak ada adab dari seorang yang muda kepada yang tua.Saya juga memahami konsep harta dalam islam.Sanggup berjaga malam untuk memahami konsep tersebut, ikhlas untuk membantu mereka yang diperlukan.Saya juga mahu dakwah dalam kerjaya saya sebab itu saya mahu selesaikan kes tersebut dari terus terbengkalai.

Ok.Noktah.Cukup sampai di situ.
Terpulang kepada kita untuk mengambil pengajaran di situ.
Semuanya tentang adab.
Wallahualam.



Dakwah Itu Satu Cinta kerana dalam menyampaikan pesanan amar makruf, kita perlu ikhlas, ada kasih sayang, mahu berkongsi kasih sayang dari Allah bersama-sama.Perlu dengan akhlak yang baik. Mahu memburu pahala itu bersama-sama.Usahlah mengurangkan pahala lagi berdakwah dengan cara yang agak keras.Itu lebih lagi akan melukakan hati-hati yang ada.

Keras dan tegas adalah perkara yang berbeza."Keras" dalam interpretasi saya, melambangkan keegoan, sombong dalam ilmu.Tetapi "tegas" tidak ada sifat kesombongan dan seumpamanya.

Ya, kita semua mahu menegakkan syiar Islam.Mahu jadi setegas Saidina Umar Al Khatab, tetapi biar pada tempat,masa dan situasinya.Ada keperluan untuk menjadi matang dalam setiap situasi.

Jadilah ular yang menyusur di bawah akar.Merendahkan diri tetapi masih berbisa.

Jadilah rumput yang tetap utuh walaupun ditiup ribut.Lembut dan berpaksi teguh di situ.

"Saya meminta CINTA, dan Allah memberi saya orang-orang yang bermasalah untuk dibantu"
-Salahudin Al Ayubi



2/26/13

Productive Muslim: Sleep Routine

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

-kredit to productive muslim-

Semoga tidur kita juga menjadi poduktif.Indahnya Islam.Bila tidur pun dapat pahala.:-)

2/20/13

Silibus Pertama Aina :-)

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Aina Syafiyah dan Islamic Softbook Hijaiyah Alphabet.Terharu Umi, bila bagi pada Aina Islamic Softbook ni, dia boleh menjerit macam teruja sangat dengan softbook tu.Macam si gadis dapat handbag baru dari kekasih hati.Eceh..Tak habis-habis dia membelek-belek softbook.

Jadi, ini antara modul silibus pertama Umi untuk Aina.Hari-hari kita baca kan?Kalau dah mula baca softbook, umi atau abi dia bersuara, Aina sibuk berbunyi, konon-konon membaca bersama kami.

Modul ke-2, memperdengarkan bacaan 30 surah lazim menggunakan MP3 dan Speaker Pillow ketika Aina tidur, baring-baring.Tujuannya supaya Aina dapat membiasakan diri dengan bacaan tersebut.Dan Uminya boleh mengulangkaji surah-surah tu,mana-mana yang panjang yang masih belum hafal kan.Sambil menyelam minum air.:-) (gambar kaedah mp3 and speaker pillow nanti saya kana upload kemudian yer..maaf atas kesulitan)


Modul ke-3, mestilah lagu Alif Ba Ta dari You Tube. Kalau bernasyid lagu ni pada Aina Syafiyah yang tengah menangis, dia boleh senyap sekejap. Hehe..Abi dia pun semangat bernasyid lagu ni.Insha Allah, kita sama-sama berusaha untuk kenalkan huruf hijaiyah kepada Aina  sebelum silibus moden yang berikutnya.
 
Sekarang, silibus kedua baru bermula. Ada keizinan, saya kongsikan ye.Tetapi silibus pertama tetap diteruskan.:-)

Asmaul-Husna

Asmaul Husna [kredit]
Teringat waktu Aina Syafiyah di dalam kandungan, tak sempat memperdengarkan secara khusus bacaan Al Quran, cuma Asma Al Husna sahaja sempat didengari melalui MP3 adik (sebab MP3 saya hilang ketika itu!).Nak guna handset, tahap radiasi tinggi ,zauji kata tak elok untuk baby.

Kesannya: 
Dalam umur Aina dua bulan lebih, bila Mak De bernasyid lagu Asmaul Husna, dia merenung tepat ke mata Mak De nya, seolah-olah pernah mendengarnya, dan menjerit "Haaaaaa!" sambil menuding jarinya ke Mak De. 

Saya, emak pun terkejut dengan respon Aina Syafiyah dengan Asmaul Husna. Nenek Aina kata, "Mungkin Aina ni macam pernah dengar Asmaul Husna, tapi tak tahu dari mana, sebab tu dia buat muka macam tu tadi..

Alhamdulilah, usaha saya hanya secebis, mungkin tak sampai secebis pun, tapi ada hasilnya dengan izin kasih sayangNYA.Syukur sangat!Sekurang-kurangnya dia mengenal nama-nama Allah s.w.t terlebih dahulu.

Oh ketika dalam pantang pun, saya memperdengarkannya juga bacaan Al Quran (guna radio emak, masuk pendrive aje), Asmaul Husna dan zikir-zikir, tetapi hanya secara random sahaja, tidak mengkhususkannya.

Selawat Syifa 

[kredit]
Nama Aina Syafiyah juga adalah kesinambungan dari selawat syifa.---Syifa---> Syafiyah---> iaitu Penawar. Semasa Aina Syafiyah kena jaundis susu ibu, saya tidak putus-putus membaca selawat Syifa ketika menyusukannya, sambil dodoi Aina tidur pun, saya selang selikan zikir-zikir dan selawat syifa.Nenek  dan Mak De Aina pun selalu dodoikan dengan lagu selawat Syifa ni.

Kesannya: 
Biasanya Aina hanya akan dengar selawat Syifa dari kami, dan tiba-tiba suatu hari tu, TV mana entah yang menyiarkan lagu dan video klip Selawat Syifa, dia senyap dan menoleh ke arah TV, bersungguh mendengar lagu-lagu tu.Oh mesti rasa pelik, sebab suara yang beransyid tu, bukan suara Uminya, neneknya atau Makdenya kan?:-)

Alhamdulilah.Doakan kami sekeluarga berjaya menerapkan persekitaran yang baik buat Aina ye.Sama-sama kita usaha.

Nota Naluri:
Sekarang tengah cuba habiskan blog ni,Cinta Rasul.Menarik sangat.Kagum dengan cara dia mendidik kedua-dua anak lelakinya sampai boleh tolong memasak.Siapa kata anak lelaki tak payah masuk ke dapur kan?


2/14/13

Punch Card On Time!

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[kredit]

"Alamak, dah 7.30 pagi dah, 7.45 nanti nak kena gerak dah, nak isi minyak lagi, hantar adik, redah jam, cari parking.."

"Eh, lupa pula handset tengah caj bawah katil.."

Mak , " Nanti tolong buang sampah kat depan yek.."

"Mak, mak, susu Aina dalam peti, nanti habiskan semua ye.."

"Idah, Idah, bukakan pintu pagar kat depan siap-siap, akak nak hidupkan enjin kereta dulu.."

Drama waktu pagi, huru hara, kelam kabut.Itulah senario pagi saya.Hehe.

Rutin berubah lagi, bila pejabat memulakan sistem punch card secara manual, sebelum ini hanya pakai scan-card aje.Mudah untuk pemantauan pihak majikan kerana yang ada bukti fizikal kehadiran berbanding sistem kehadiran berkomputer yang kadangkalanya hanged!.Terkejar-kejar saya memandu ke tempat kerja. Mahu cari parking , bukan suatu yang mudah juga. 

Tetapi , pagi tadi, terngiang-ngiang pesanan adik saya, Angah dua minggu lepas, ketika terkejar-kejar dengan temujanji emak di hospital, servis kereta adik dan ambil kereta saya di bengkel selepas membuat pemeriksaan kali kedua selepas kemalangan sebelum ini.Saya ambil cuti separuh hari sahaja pada hari tersebut untuk menyelesaikan urusan-urusan tersebut.

Katanya; "Jangan fikir apa orang kata, yang penting nilai kita di sisi Allah swt.Masuk pejabat, buat kerja betul-betul kerana Allah swt.."

Saya berfikir sambil terus memandu dari Yayasan Pahang (setelah menghantar adik ke tempat kerjanya) menuju ke tempat kerja saya Putra Square Kuantan.Hari ni pula hujan yang tidak kurang lebatnya, tidak pula renyai-renyai.

Saya reda jika punch card saya merah, biar lambat asal selamat, nilaian Allah swt terhadap hambaNya ini lagi penting.Jam menunjukkan 8.15 pagi, lebih kurang 15 minit lagi.Terus memandu dengan hati-hati tanpa mempedulikan berapa minit lagi harus sampai ke pejabat.Apa orang nak kata, saya mahu biarkan sahaja.Redha!

Allahu Akbar!Brek mengejut secara tiba-tiba!

Di hadapan saya ada motor tergolek lebih kurang jarak dua buah kereta di hadapan saya.Andai saya laju tadi, pasti motor itu turut terseret dengan kereta saya, kereta-kereta di belakang pasti terhimpit.Alhamdulilah, penunggang motosikal tadi, dapat bangun dari jalan raya, seorang pejalan kaki menolongnya membawa motor ke tepi jalan.Saya hanya mampu berhenti memberi lampu isyarat kecemasan sebagai tanda isyarat untuk kereta-kereta di belakang saya.

Ya Allah!pagi ini saya ada "lesson learn!". 
Tentang betapa besar nilai kasih sayangNya terhadap hambaNya.
Kadang-kadang tak perlu punch card on time.Tidak perlu terkejar-kejar hal dunia.
Perlu redha dan lakukan yang terbaik tetapi ada ketelitiannya.

Dan walau apapun yang berlaku, saya punch card 08.24 pagi.Awal dari yang dijangkakan.Alhamdulilah! Dipermudahkan segalanya..:-)

"Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan, SENYUMLAH dan INGATLAH, manusia merancang dengan CITA-CITA, tetapi ALLAH merancang dengan CINTA.."