4/5/11

Cita-citaku Setinggi Awan Tetapi Amanah Itu Harus Diteruskan

BY humble.yat IN 6 comments


Dulu-dulu ketika menuntut ilmu di menara gading, suka sangat mencontengkan nama saya dengan pangkal nama Prof. Madya, membayangkan diri di sidang parlimen dengan membentangkan usul undang -undang baru untuk kemaslahatan sejagat untuk mengembalikan perundangan Islam di tanah air tercinta.

Sering kawan-kawan saya mengusulkan untuk melanjutkan "Master", katanya saya  rajin dan  pandai mengolah idea (ye ke?huhu), kalau buat tesis, pasti ia sesuatu yang mengujakan.Waallahualam, saya juga tidak tahu kemampuan saya setakat mana.Semuanya dengan izin Allah jua.

Bahkan untuk untuk mendapat CGPA pun, saya membayangkan nama saya disenaraikan di dalam senarai graduan dengan tanda bintang (simbol CGPA cemerlang).Alhamdulilah, yang itu saya dapat dengan izin dan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT.Terima kasih Ya Rabb atas segala kurniaan walau terpaksa berperang dengan emosi dengan segala dugaan.

Kuatnya angan-angan saya kan?

Kini, segalanya-galanya berubah.Bila kehilangan orang yang tersayang, prioriti hidup saya juga turut berubah.

Jika dulu saya membayangkan bekerja di Palace of Justice, Putrajaya, saya hanya mampu melihat kejayaan rakan-rakan saya. Majistret?Timbalan Pendakwaraya?Federal Counsel?Registrar?Pegawai Undang-Undang?Penasihat Undang-Undang? Entah apa lagi yang jawatan hebat mereka.Tetapi yang pasti itu yang saya idamkan selama saya belajar ilmu perundangan di Taman Ilmu Dan Budi.

Cukup seronok melihat perkembangan rakan-rakan.Apatah lagi bekerja di kota metropolitan Sedikit sebanyak hati saya terdetik rasa cemburu .

Tetapi kini, ada juga tawaran untuk bekerja di kota metropolitan, saya tolak baik-baik setelah beristikharah dan ketepikan cita-cita saya.Kerana bila saya di satu daerah yang kecil sekarang, rupanya ramai lagi umat yang memerlukan khidmat saya walaupun ia satu komuniti yang kecil.Komuniti yang kecil ini yang sebenarnya memerlukan khidmat kita dan harus ditarbiyahkan satu persatu.

Teringat satu cerita, sepupu saya keluar bermujahadah di satu daerah kecil di Sarawak.Katanya, rupanya ramai yang ketandusan ilmu agama, yang harus ditarbiyahkan, ramai juga yang telah murtad  akibat tiada siapa yang sudi menjengah mereka untuk mengajar solat dan membaca Al-Quran.Perkara yang asas tetapi sangat-sangat penting! 

Bukan itu sahaja, saya di sini, di daerah yang kecil berbanding kota metropolitan yang diulit angka-angka gaji yang tinggi ikhlas mahu berjasa dengan ibunda , keluarga tercinta dan komuniti di sini. Banyak yang harus diperbetulkan. Saya harus bantu dengan apa yang ada selagi nadi saya ada.Kalau bukan saya siapa lagi.?

Mahu lakukan yang terbaik walau ada sedikit cela dari diri ini.

Sungguh itu suatu keputusan yang sukar sebenarnya tetapi ia sangat mendatangkan kepuasan.

Jika kita hanya berada di kalangan yang baik-baik dan beragama, mungkin akan dipelihara pegangan kita. Tetapi, bila kita di kalangan mereka yang lain, disitulah iman kita mula teruji. Sambutlah cabaran dakwah di situ kerana Sunnah Rasullullah! Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan kekuatan buat diri kita.Ameen.



6 inspirasi naluri :-):

Siti Khadijah Mn said...

apa-apa pun, yang penting niat kita bekerja kena lillahitaala. insyaAllah semuanya ok.

everytime, very nice entry. kak yat tak nak letak butang like ke? nak like ni~ hihi :)

Unknown said...

Bagusnya..teruskan niat yang baik ini..

Anonymous said...

ada banyak pertimbangan yang perlu diambil kira. perhalusi satu persatu. akhirnya keputusan yang terbaik akan dipilih walaupun terpaksa menanggung kos lepas. kuantan ni tak lah kecik mana pun....

humble.yat said...

Siti Khadijah:
betul2..setuju sangat, tg penting setiap perjalanan hidup kita telah ditakdirkan dengan begitu indah sekali:-)

humble.yat said...

siti khadijah:o..like button..akan dipertimbangkan yerk :-)

azree:
syukran.Semoga Allah sentiasa bersama kita..:-)

humble.yat said...

Hisyam Muhibah:
betul2 yg penting kuantan sedang membangun.masalah sosial pun makin byk..part tu plg risau..selmatkan ummah :-)