9/1/10

Bersaing Dengan Diri Sendiri

BY humble.yat IN 4 comments

1. Baiki Kelemahan Diri

 
Kita perlu mengenali kelemahan diri sendiri melalui sahabat baik ataupun melalui ahli keluarga.Kerana sahabat yang baik akan menegur setiap kesalahan kita walaupun ia pahit. Ini kerana melalui ukhwah yang terjalin, masing-masing ada kepentingan untuk menjaga persahabatan. Andai ada kita membuat kesalahan, dan sahabat tidak menegur dan menasihati , sedarlah bahawa dia bukanlah sahabat kita cari untuk memperoleh potensi diri.Ahli keluarga pula biasanya jujur dan telus dalam menasihati kita. Walaupun pahit untuk mendengar kelemahan kita sendiri, tapi ambillah ia sebagai motivasi untuk membaiki diri. Segala leteran, bebelan ibu, ayah dan adik beradik janganlah disia-siakan.

2. Jangan Buang Masa

Usah termenung melihat masa berlalu macam itu sahaja.Teruskan usaha, jalankan kempen terhadap diri sendiri ."NO PROCASTINATION", kerana amalan bertangguh itu datangnya dari syaitan.Dan akibat bertangguh itu sangat memberi kesan jangka masa panjang tanpa kita sedari dan mungkin akan membuat kita menyesalinya. Pada saat itu, kita akan digolongkan dalam golongan yang kerugian melainkan orang-orangyang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran serta kesabaran (Al-'Asr:1-3). Orang yang membuat perniagaan pun sayang nak buang masa kan?Kerana bagi mereka masa itu lebih dari emas!

3. Dapatkan kemahiran melalui pembacaan, pengkajian, menghadiri seminar, kursus dan sebagainya


Ya, jika mahu berubah untuk menjadi lebih baik, haruslah banyak membaca .Contohnya, membaca buku motivasi, perjalanan hidup tokoh-tokoh yang berjaya pasti membuatkan semangat kita berkobar-kobar untuk berubah. Tapi, pendapat saya, menonton kartun itu juga satu alternatif yang lain dari  lain  untuk membuatkan kita lebih kreatif, mengaktifkan kedua-kedua bahagian otak kiri dan kanan dalam berimaginasi. Bahkan,  terdapat pelbagai mesej dan sokongan moral yang diberikan untuk kita aplikasikan dalam hidup.Jangan remehkan peranan kartun ye.


4. Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu


Malu bertanya, sesat jalan . Begitula kata pepatah melayu. Tapi zaman sekarang, tak perlu bertanya kalau sesat jalan sebab kita dah ada GPS! Hehe. Tetapi, untuk kita bersaing dengan diri sendiri perlukan GPS ke?Oh Tidak. Pasti kita memerlukan orang yang lebih mempunyai kepakaran dan kemahiran.  Begitu juga Firman Allah, supaya bertanya dengan orang yang lebih arif dalam menimba ilmu. kerana fitrah kita adalah untuk berkongsi ilmu.Janganlah simpan dalam hati ye kalau tak tahu sesuatu. Rugi!Lafazkan sahaja..

Bahagian ke-2 akan menyusul kemudian ye..
Wallahu 'alam

4 inspirasi naluri :-):

Unknown said...

menarik~sgt menarik!

TERBARU: Kasih kerana Tuhan

humble.yat said...

terima kasih iqbal. nantikan bhg dua.coming soon..Insya Allah...

khairolghani.com said...

penting untuk bertanya dengan orang yg lebih berilmu dan berpengalaman untuk mengelakkan diri sesat dan lalai..

Ellen said...

bestnya....thanks lerana sharing info yang begitu baik sekali...sekurang kurangnya dpt membantu ellen mengenali dan menangani kelemahan diri ellen selama ni..chayo2...