1/22/11

Notis Peringatan Terakhir Bagi Peminjam Tertunggak PTPTN

BY humble.yat IN 51 comments



Sepanjang hari kami satu pejabat berhempas pulas mengorbankan hujung minggu kami bagi mengeluarkan notis peringatan terakhir bagi peminjam tertunggak PTPTN yang lahir pada tahun 1988.Bayangkan 720 notis bermula daripada semalam,meneliti penyata baki, alamat terkini , merekod cara penyamapaian dan data-data berkaitan bukan satu perkara yang mudah.Mata pun dah agak berpinar macam rancangan tv tergendala pula.

Bukan sahaja firma kami, malah firma-firma lain juga sedang bersungguh membuat kerja yang sama.Jadi, sesiapa yang belum menjelaskan bayaran PTPTN, sila jelaskan ye,sebelum tindakan undang-undang diambil.Jika tidak bekerja, harus berusaha untuk mendapatkan kerja segera yang mungkin walaupun rezeki untuk bekerja untuk belum tiba lagi.Bersabar dalam perkara-perkara macam ini dan banyakkan solat dhuha ya.


Nasihat saya, jika notis itu sampai di tangan anda, jangan panik dan jangan risau dan gusar tentang kena penjara (hehe).Segerakan sahaja pembayaran mengikut kemampuan.Yang penting, ansuran setiap bulan itu berjalan.Jika tunggakan tersebut atas alasan kesihatan, maklumkan kepada pihak yang berkenaan supaya dapat dipertimbangkan penangguhan pembayaran kamu.

Tetapi bagi sesiapa yang telah membuat bayaran, sila abaikan notis tersebut, tapi janganlah berhenti membuat bayaran pula ye.

Oh ya, sengaja nak ingatkan, notis peringatan ini berbeza dengan saman ya.Jika kamu terima saman, kehadiran diwajibkan ke mahkamah untuk mengaku atau tidak terhadap tuntutan tersebut.Jangan lupa bawa kad pengenalan dan perintah penghakiman persetujuan akan direkodkan jika si peminjam tertunggak hadir.

Andai tidak dapat hadir, usahlah menghantar wakil, kerana penghakiman ingkar tetap akan direkodkan tanpa kehadiran.Dan apa yang boleh dibuat selepas itu, cuba berbincang dan merancang pembayaran semula kepada pembiaya-pembiaya berkenaan  dan ianya terpulang kepada budi bicara mereka.

Apa-apa pun banyakkan solat dhuha ya supaya dimurahkan rezeki untuk melunaskan hutang-hutang dan dipermudahkan segala urusan.

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya”
 (Al-Baqarah:282).


Update entri 20/12/2017- Penyelesaian  Pinjaman PTPTN


51 inspirasi naluri :-):

suri said...

pinjaman MARA masih terus di bayar lagi sehingga kini..

walaupun dpt surat senarai hitam..t

ak blh ke luar negara..

tak blh buat pinjaman anak...

humble.yat said...

bayar jgn tak bayar sebelum terlambat :-)

Anonymous said...

bru je dpt surat mnta hadir ke mahkamah tuk penghakiman ingkar sbb xdtg mahkamah hr tu...mslhnya sy duk sabah, mahkamahnya kat perak..
tgh usaha nk bayar juga la ni..

Yumida said...

salam..kak, cmne nak tahu sesorg tu ade baki bayaran tertunggak ptptn?

klo tengok lam e-fes.. kos pentadbiran terkumpul tu maksudnya apa yer? x fhm sgt la..

or kena lihat baki akhir if sesorg blom buat byrn blk pinjaman?

sy follow sini la...

humble.yat said...

anonymous:
dah dpat penghakiman ingkar, takpe teruskan pembayaran sehingga selesai..:-)

humble.yat said...

yumida:
biasanya kita akan cek penyata PTPTN di website..kat hujung sekali ada baki akhir..itu jumlah yang terhutang setakat tarikh tersebut, tapi jumlah ini akan berubah mengikut kos pentadbiran terpulang pada kos yang kita mita sama ada 3% atau 1%.

kos pentadbiran terkumpul ini dikira secara tahunan, biasanya kalau kita tengok dlm penyata , dia buat secara bulanan.

Kos pentadbiran adalah kos yang dikenakan ke atas pinjaman pendidikan seperti dinyata di dalam perjanjian yang ditandatangani.

Kos pentadbiran akan dikira selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pinjaman pendidikan atau yang mana lebih awal.

kalau nak tak nak dapat notis peringatan ataupun saman, make sure lepas 6 bulan tamat pengajian, buat pembayaran.:-)

Unknown said...

Sorry kak nak tanye kalau receive Surat peringatan pertama ptptn kena bayar kesemua tunggakan atau ikut kemampuan pun boleh?

humble.yat said...

wslm..skrg ni, kalu boleh bayar sebagai mana jadual pembayaran bulanan dan inform apda pegawai ptptn di cawangan terdekat..

Anonymous said...

Kak, nak tanya kalau i terus bayar lepas terima surat peringatan pertama tanpa cari pegawai ptptn boleh tak?

humble.yat said...

boleh je..lagi digalakkan..at least dl sistem ada pembayaran...

Anonymous said...

kak,,baru2 ni saya dpt surat gagal membuat bayaran balik dengan tunggakan.. actually jumlah tunggakan tu jumlah keseluruhan yg kena bayar or kos pentadbiran..??kurang jelas lah.,

humble.yat said...

biasanya, bila tertunggak, akan direkodkan jumlah keseluruhan pinjaman plus kos pentadbiran...

Anonymous said...

Salam Kak,

Saya dapat peringatan kedua. Jumlah tunggakan memang banyak kalau nak bayar sekali gus. Saya after degree terus sambung belajar dan sekarang baru nak start bayar sikit-sikit. Boleh ke jadual pembayaran di strukturkan semula? Terima kasih

Anonymous said...

Salam Kak Yat.

Saya menerima notis bayaran tertunggak PTPTN yang menyatakan tunggakan sebanyak lebih kurang 15k dan bayaran bulanan sebanyak 200++.

Saya baru je dapat kerja tetap dan lepas dapat notis ni, saya pun bayarlah RM100 sebulan. Tetapi saya tetap menerima peringatan Pertama dan Kedua dan dikatakan tidak membuat pembayaran. Saya cek penyata online, byrn itu ada.

Adakah byrn bulanan RM100 tu tak dikira? Atau mesti bayar ikut amaun dlm jadual? Saya tak mampu nak bayar ikut amaun jadual apatah lagi nak selesaikan tunggakan sekaligus :(

Anonymous said...

sy pon baru jugak dapat surat ni, apa tindakan yang patut dibuat?betul ke kalau dapat perintah ingkar cas akan jadi 8%?makin bertambah la kan hutang kalau mcm tu. mohon pencerahan

Anonymous said...

Kak, mcm mana plak kalau saya dpt notis tuntutan?lps tu check imegresan pn kna blacklist? Ada jg sy buat bayaran utk blnan and notis tu.mcm mna nk clear blacklist tu yer kak.

humble.yat said...

anon: dik, kalau macam tu,kena refer direct dengan PTPTN untuk clearkan blacklist.mungkin pembayaran tak seperti dijadualkan k.

humble.yat said...

1. klu direkodkan penghakiman, ada tanggungan kos pada notis dan 8%..that's the rule kalu kita tak bayar mana mana payment pun..sebb lambat bayar..

2. buat surat rayuan pada ptptn bagi pembayaran semula dan kemaskini rekod,PTPTN skrg memnag agak strict sedikit huhu.jika ada pembayaran dibuat, abaikan notis tersebut..

Unknown said...

Salam sy baru terima surat peringatan pertama beberapa hari lepas dengan tunggakan rm3k++ kalau sy bayar sedikit dr jumlah tertunggak contoh dalam rm500 adakah sy masih akan dikenakan tindakan undang2

Anonymous said...

Saya hadapi masalah yang sama seperti beliau. Outstanding 3k juga puncanya saya takda Kerja Lepas habis graduate like almost 1 year tapi sekarang dah mula bayar bulan2 dah hampir setahun dah. Mohon advise Kak

humble.yat said...

shailla:
notis tunggakan akan dikira dari beberapa bulan jumlah tertunggak.PTPTN berhak untuk collect keseluruhan jumlah PTPTN..ok klu dah buat payment, its ok, apa apa pun kena update dengan PTPTN, maklum pada mereka, adna pastikan pembayaran dibuat setiap bulan, untuk menjadi pembayar aktif.Maklumlah, PTPTN skrg dh strict k..:-)

Siti said...

Salam, saya baru menerima notis peringatan pertama dgn tunggakan 9 ribu, saya xmampu nak bayar ikut amaun yang sepatutnya setiap bulan, boleh ker kalau saya bayar ikut kemampuan saya, yang penting setiap bulan bayar, kalau saya tak inform dekat Ptptn xper ker, sebab penyata online akan update, adakah saya akan dikenakan peringatan kedua kalau xbyar ikut amaun yang sepatutnya.

chik said...

salam, tahun lepas saya ada bayar melalui online banking rm500, saya ada 2 akaun iaitu diploma dan degree, baru2 ni surat peringatan pertama sampai menunjukkan pinjaman semasa diploma, saya nak tanya payment saya sebelum ni masuk kemana, adakah akaun dikira secara berasingan, tetapi semasa online banking, tidak dinyatakan masuk akaun mana pun, yang ada ialah jumlah penuh pinjaman sahaja, macam mana nak bayar yang pinjaman diploma kerana surat menunjukkan no tawaran diploma, maafkan saya sekiranya saya salah, mohon pencerahan kak?

Anonymous said...

Salam nk tnye saya bru dapat notis peringatan ketiga..adakah notis peringatan ketiga termasuk dalam black list

Anonymous said...

Last month i receive peringatan kedua showing tunggakan saya sebanyak rm8000, saya pun bayar rm500(checked,bayaran ni sudah success), tapi bulan ini saya masih receive peringatan ketiga...Jadi, bolehkah saya buat bayaran mengikut kemampuan sebab saya memang tak mampu bayar rm8000 tu? Juga bagaimana boleh saya prevent untuk dikenakan peringatan seterusnya??? TOLONG!!!

nnfmf said...

salam sis,saya baru dpt notis tuntutan n x mampu nk byr smua kos yg dh trtunggak so if sy just byr bulan² mcm biasa blh x?

humble.yat said...

Siti:
kalau boleh, hubungi ptptn hq dan buat surat rayuan dan berikan alasan yang kukuh, atas sebab tak dapat kerja dsb dlm tempoh sekian sekian.
bincang dgn ptptn apa yang siti mampu bayar/komitmen semaksimum mungkin setiap bulan. aka reschedule pembayaran.

lagi satu kita boleh buat penyelesaian pinjaman ptptn melalui akaun kwsp.hubungi kwsp untuk urusan seterusnya k.

humble.yat said...

chik:
tentang dua akaun ni, perlu minta pengesahan ptptn sendiri yek.sebab mereka yang kontrol sistem pembayaran

humble.yat said...

anonymous:
1)cuba settle jumlah tunggakan penuh sama ada melalui saving atau akaun kwsp(jika ada);
2) maklum pada ptptn tentang reschedule pembayaran;
3) berikan alasan yang kukuh untuk penjadualan pembayran semula.
contoh bukti start kerja bila, gaji kerja banyak mana etc..

humble.yat said...

nnfmf:
ada sesetengah kes, ptptn boleh terima pembayar aktif ikut kemampuan kita, tapi buat masa skrg, better ikut jadual bayaran yang ditetapkan;
kalau tak mampu, berbincang dgn ptptn dan berikan alsan yang kukuh ketidakmampuan untuk byr seperti lambt dpt kerja, kos hidup tinggi dsb.
ptptn boleh diselesaikan melalui pengeluaran kwsp juga.

Unknown said...

Assalamualaikum
mohon pencerahan...saya baru menerima surat arahan rundingan bersama kenyataan tunggakan sebanyak 2k...masalahnya sekrang saya dah tak bekerja(pekerjaan lama berstatus kontrak) krn sambung pengajian di pondok area fathoni...jd saya xbrani dan x mampu nak tetapkan schedule tetap utk bayaran bulanan krn tidak mempunyai apa2 pendapatn...apa yg patut saya buat...terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum
mohon pencerahan...saya baru menerima surat arahan rundingan bersama kenyataan tunggakan sebanyak 2k...masalahnya sekrang saya dah tak bekerja(pekerjaan lama berstatus kontrak) krn sambung pengajian di pondok area fathoni...jd saya xbrani dan x mampu nak tetapkan schedule tetap utk bayaran bulanan krn tidak mempunyai apa2 pendapatn...apa yg patut saya buat...terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum
mohon pencerahan...saya baru menerima surat arahan rundingan bersama kenyataan tunggakan sebanyak 2k...masalahnya sekrang saya dah tak bekerja(pekerjaan lama berstatus kontrak) krn sambung pengajian di pondok area fathoni...jd saya xbrani dan x mampu nak tetapkan schedule tetap utk bayaran bulanan krn tidak mempunyai apa2 pendapatn...apa yg patut saya buat...terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum
mohon pencerahan...saya baru menerima surat arahan rundingan bersama kenyataan tunggakan sebanyak 2k...masalahnya sekrang saya dah tak bekerja(pekerjaan lama berstatus kontrak) krn sambung pengajian di pondok area fathoni...jd saya xbrani dan x mampu nak tetapkan schedule tetap utk bayaran bulanan krn tidak mempunyai apa2 pendapatn...apa yg patut saya buat...terima kasih

humble.yat said...

salam naem rantawi.
PTPTN 2015 skrg sudah mula tegas tentang kutipan balik PTPTN. Jika boleh, settlekan tunggakan yang ada.itu yang terbaik. kena tetapkan schedule paling minimum mengikut kemampuan Naim. Dan konsisten bayar.

Anonymous said...

Assalam.sy baru dpt peringatan prtama dgn tunggakan 1k+.so nk tnye sy byr tiap2 bulan mcm biasa @ kna byr smua tunggakan tu.mohon pencerahan

Anonymous said...

As salam akk..smlm sy ad terima surt dr ptptn yg mengatakan bhwa ad tuggakn sbyk rm3k++..lepas graduatn sy tidak berkerja.dan bila da dpt kerja sy gaji xbesar..jadi sy ad hantr borg penjadual byrn balik..utk mnx kurg byr blnn disbkan gaji xbyk..tp org ptptn call sy dan ckp xperlu jadual balik..just perlu byr bln2..ikut berapa mmpu..sy byr sampai la skrg..x miss..apa perlu sy buat ye kak? Terima ksh

Unknown said...

Salam kak. Saya dapat surat peringatan pertama yg minta sy byar tunggakan 3k. Sy xde duit klu nak byar skaligus 3k. Klu sy byar ikut jumlah yg bulan bulanan iaitu rm178 mengikut jadual yg dahulu boleh ke? Adakah sy kena peringatan ke 2?

Anonymous said...

Salam, saya baru terima surat saman minta hadir pada hari khamis ni. Saya memang tak boleh hadir atas sebab2 yang tak boleh dielakkan.apa perlu saya buat?

Karl said...

Salam.kalau bayar tungakan separuh boleh clear nama ke contoh nk buat loan

Anonymous said...

salam, jika sudah masuk mahkamah dan dapat judgment dari mahkamah untuk perintah pembayaran balik, namun masih tidak mampu jugak untuk membuat pembayaran balik selepas itu, adakah boleh dikenakan tindakan dipenjarakan sebagai jalan terakhir atas alasan ingkar dengan arahan mahkamah?

Anonymous said...

saya nak tanya..baru dpt tahu sya da trima surat saman ptptn..sekrg sya masih bljar peringkt master semester 3 dn terlewat utk hantar surat penangguhan :(.. boleh ke kalau saya hantar je surat penangguhan tu dn tidak hadir di mahkamah? saya perlu ke pulau pinang untuk temuduga kerja.

humble.yat said...

anon:
tindakan tu terpulang atas budi bicara ptptn..

anon:
tidak hadir di mahkamah, akan direkodkan penghakiman keingkaran.kemudian settlekan pembayaran dengan ptptn k.

Anonymous said...

Salam, saya nak tanya kenapa saya satu bulan x bayar pun kena notis peringatan, tapi kawan saya yang graduate beberapa tahun lepas yang tak bayar balik mengikut jadual tidak kena notis??? memang tak faham sistem ptptn ni :(

Anonymous said...

Salam sy br dpt surat mahkamah tp sy x dpt pegi krn sy tidak mmpunyai masalah keewangan....... jika gagal hadir sy akan dkenekan saman ingkar...... apa perlu sy buat......mnurut pihak ptptn sy perlu mbayar minima 2 ribu tp pd masa ini sy tidak mmpunyai wang sbanyak itu...... tlong sy sis

MY K-WORLD said...

salam, kak saya telah mendapat surat untuk menyelesaikan tunggakan dalam tempoh 14 hari jika tidak tindakan akan dikenakan tetapi saya baru sahaja menamatkan pengajian ada nov 2016 kerana extend 2 tahun dan masih belum bekerja, saya tidak mampu untuk membayar kesemua jumlah tunggakan tersebut,mohon pencerahan apa yang perlu dilakukan.

Anonymous said...

Sayapun dpt surat naik mahkamah. Xdpt pegi krana msalah kewangn. So apa perlu sya buat. Tlg

Anonymous said...

sy pn dapat surat naik mahkamah. tp surat tu lambat dapat. dh lepas seminggu. kena saman ingkar. dh pegi cawangan ptptn dan settle bayaran guaman. sy deal dgn ptptn nk bayar bulan 10 utk bayaran tertunggak. tp ptptn call, kena bayar segera. mana ada duit buat masa sekarang. kawan sy yg tak pernah bayar 1 sen pun, tak dapat apa2 surat. sy baru bayar rm500 dapat surat je..pelik juga..

Unknown said...

Nak kepastian dapat buat settlement ptptn guna kwsp ka?

Unknown said...

Salam Kak, saya pon bru menerima surat pink yg mengatakan klu saya x byr tunggakan plus kos pentadbiran yg 8k + tu..masalah saya x mampu byr semua..saya bru start dpt kerja.. Klu saya byr rm100 bulan2, akn dikenakan tindakan mahkamah jg ke.huhu

humble.yat said...

Herly Fajar :
Ada update berkenaan notis di link ni ye

https://humblehayati.blogspot.my/2017/12/update-penyelesaian-pinjaman-ptptn.html

Apa paun stauts terrkini kena selesaikan dan runding semual dengan ptptn ye.prosedur dah tak sama mcm dulu